Tiroid, Hormon, Gemuk, dan Shaklee

08:27


Ada sesetengah orang yang mengikuti pelbagai program diet, tapi tak kurus-kurus. Kegemukan ni sebenarnya bukanlah ‘straight to the point’ yakni berkaitan dengan kalori berlebihan atau kurang aktivit. Banyak faktor penyebab gemuk. Dan, cara nak atasinya juga perlu berdasarkan punca-punca masalah tersebut.

Salah satu penyebab kegemukan ialah masalah kelenjar tiroid. Masalah ketidakseimbangan tiroid boleh memberi kesan kepada metabolisma tubuh kita. Kelenjar tiroid yang terlampau aktif menghasilkan hormon tiroid yang terlampau banyak, yang memberi kesan kepada kekurangan berat badan, walaupun mempunyai selera makan yang besar.

Manakala, kalau kelenjar tiroid kurang aktif, ia tidak menghasilkan hormon tiroid yang cukup, dan metabolisma menjadi perlahan. Simptom-simptom hypotiroid adalah berat badan meningkat, sembab, suhu badan rendah, sembelit, rambut gugur, dan secara umumnya, bila ada masalah hypotiroid ni, segala fungsi tubuh kita jadi perlahan.

Mereka yang bermasalah tiroid ini biasanya diberi rawatan di hospital, seperti rawatan iodin, hormone replacement dan pembedahan.

Sebagai penyokong untuk mendapatkan tiroid yang sihat, beberapa langkah boleh dibuat:

Memperbaiki cara pemakanan dan gaya hidup

Mengambil suplemen yang mengandungi Magnesium

Mengambil suplemen Vitamin E dengan Selenium

Mengambil suplemen yang mengandungi mangan, zinc, iodin dan kromium

Mengambil suplemen yang mengandungi Omega-6 iaitu GLA (gamma linolenic acid)

Oleh itu, kalau mengalami masalah berat badan, selidiki dulu punca dan penyebab yang menjadikan anda gemuk. Jangan mudah terpengaruh dengan produk-produk kurus yang mungkin membahayakan kesihatan anda.

Sekiranya anda mengalami masalah tiroid, apalagi jika mengandung, jangan cepat-cepat ambil suplemen untuk masalah tiroid, sebaliknya dapatkan nasihat dan saranan doktor terlebih dahulu.
 
Jika ada sebarang pertanyaan mengenai Shaklee, anda bolehlah menghubungi sy di:

umiadamfaris@gmail.com
wassap/call/sms 0135131481
fb: Haniza Hani
ID: 1065866

You Might Also Like

0 comments