Cara Mengurangkan Sakit Gigi Tanpa Ambil MC

21:28


Assalamualaikum..


Pernah tak rasa nak pergi ambil MC sebab sakit gigi. Lagi-lagi gusi, atau gigi susu nak tumbuh atau berlubang...








Bila sakit tu duduk tak kena, baring tak kena, dan rasa berdengung je kan... rasa nak menangis pun ada. Lebih baik menangis dari menahan perasaan! Betul tak?


Sakit gigi ni boleh bermula dengan tiba-tiba atau secara beransur-ansur dan boleh jugak terjadi setiap masa. Sebab utama sakit gigi ialah apabila pulpa (lapisan gigi paling dalam di mana disitu adanya tisu lembut yang terdiri daripada salur darah dan saraf yang sensitif) meradang atau membengkak.


Sebab-sebab utama radang pulpa ialah:


Caries Gigi


Caries gigi kalau dibiarkan untuk tempoh masa yang lama akan menjadi penyebab sakit gigi. Pada mulanya, karies cuma ada pada permukaan enamel (lapisan paling luar). 

Jika dibiarkan, ia akan mula merebak ke laisan dentin (lapisan kedua, antara enamel dan pulpa). Karies pada dentin akan mengakibatkan rasa ngilu dan sakit kalau minum air sejuk.

Kalau tak rawat, karies ni akan merebak ke pulpa. Bila tiba ke pulpa, kuma pulak menyerang. 

Biasanya kuma karies ni akan menyerang melalui saluran akar, dan menyebabkan pembentukkan nanah @ abses. Abses ni boleh menyebabkan kebengkakan dan sakit yang berdenyut-denyut yang berterusan sampailah kita ke klinik untuk mengambil rawatan.




Gigi Retak


Retakan pada gigi muncul dengan jalur retak yang halus yang biasanya tak nampak pun dengan mata kasar. Ia biasanya berlaku kalau tampalan lama yang telah longgar, pecah atau tercabut.

Tampalah pada gigi yang dah lama mungkin akan mengalami sedikit kerosakan, Mungkin ada serpihan gigi di bahagian tepi, longgar atau nak tercabut.

Semua keadaan ini boleh menyebabkan lubang yang boleh bagi laluan kepada kuman untuk masuk ke dalam gigi dan menyebabkan jangkitan.


Gusi mengecut


Akibat sakit gusi yang kronik, gusi boleh mengecut dan mendedahkan bahagian akar gigi. Bahagian akar gigi lebih sensitif kepada haba berbanding bahagian korona, jadi gigi mungkin akan terasa ngilu setiap kali anda cuba menikmati minuman berais.


Terdedahnya akar gigi juga bermakna akar cenderung kepada pembentukkan karies yang seterusnya boleh menyebabkan kesakitan.


Sinus / Resdung

Oleh kerana akar gigi atas selalunya teretak berdekatan sinus dan saraf pada bahagian muka. Menyebabkan saling berkaitan antara satu sama lain. Sinus boleh menjadi punca sakit gigi, terutamanya gigi atas di bahagian belakang.



Ulser pada gusi berdekatan gigi


Sakit semasa gigi nak keluar. Seperti gigi bongsu nak tumbuh. 

Semasa gigi bongsu nak tumbuh, gusi di sekelilingnya boleh dijangkiti kuman dan membengkak sekiranya kebersihan tidak dijaga dengan teliti. sakit gigi bongsu nak tumbuh juga boleh merebak sehingga ke rahang dan telinga.



Tips dan petua cara mengurangkan sakit gigi 


#1 Teh


Uncang teh boleh meredakan sakit gigi. Caranya letakkan uncang teh yang telah direndam dalam air kebahagian gigi yang sakit.


#2 Air Garam

Kacau garam dalam air suam. Kemudian kumur dengan air garam tersebut untuk menghilangkan rasa sakit gigi.



#3 Bawang Puteh 

Hiris bawang puteh dan letakkan ke gigi yang sakit.  Biarkan ia berada di tempat gigi yang sakit beberapa ketika. Insyaallah akan berkurang sakit



#4 Gambir

Tumbuk sebiji gambir sehingga hancur. Ambil air panas atau air suam masukkan sikit dalam gambir yang telah di hancurkan. kemudian letakkan ke tempat yang sakit.



#5 Bunga Cengkih  

Ambil bunga cengkih sekuntum dan letakkan pada gigi yang sakit. 



#6 Lidah Buaya 


Lidah buaya ni banyak sangat kegunaannya. termasuklah boleh melegakan sakit gigi. Caranya ambil gel atau lendir yang ada pada daun lidah buaya dan tampal di gigi yang sakit. 




#7 Supplement yang boleh menyembuhkan sakit gigi


Kalau rasa anda rajin dan suka nak buat cara dan tips di atas, silakan... Saya juga nak kongsikan kepada anda cara nak sembuhkan sakit gigi dengan supplement terbaik didunia iaitu supplement shaklee.


kalau sebelum ni saya akan ambik mc kalau sakit gigi. Sakit gigi saya berpunca dari sinus semasa zaman bujang dan kekurangan kalsium semasa mengandung.


Jadi saya amalkan ambil VITAMIN C , OSTEMATRIX dan GARLIC


Sustained release vita-c plus shaklee







Vitamin C plus sangat penting dalam memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia akan meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan memelihara gigi daripada dijangkiti virus dan bakteria.



Ostematrix shaklee





Ostematrix mengndungi kalsium yang sangat tinggi dan amat penting untuk mengekalkan kekuatan tulang dan gigi. Pengambilan ostematrix juga dapat meredakan bengkak pada gusi yang disebabkan oleh jangkitan kuman



Garlic Complex shaklee





Pengambilan Garlic atau bawang putih ini iaah sebagai antibiotik semulajadi untuk masalah sakit gigi. Di Malaysia dan negara luar, memang telah mempraktiskan menggunakan garlic / bawang puteh sebagai rawatan semula jadi untuk merawat sakit gigi. 

Garlic bertindak kuman dan bakteria ke kawasan pulpa dan enamel. 

Kandungan alisin yang ada didalam bawang puteh memainkan peranan sebagai antibakteria dan antibiotik semulajadi untuk membunuh bakteria yang menyerang pulpa dan enamel gigi.




Jika anda kerap sakit gigi bersegeralah berjumpa doktor dan kenalpasti penyebab sakit gigi anda dan sebagai perisai anda, order set sakit gigi ni siap-siap. supaya bila sakit gigi datang menyerang, anda dah ada supplement yang boleh membantu.



Hubungi saya untuk dapatkannya..

HANIZA
0135131481


Saya juga menawarkan perkhidmatan untuk COD barangan shaklee di kawasan yang berdekatan dengan saya.

Kawasan COD:

  • TELUK PANGLIMA GARANG
  • SIJANGKANG
  • BANTING
  • KLANG
  • BUKIT TINGGI
  • SHAH ALAM
  • KUALA LANGAT
  • PENDAMAR
  • PANDAMARAN
  • PULAU INDAH
  • NORTHPORT
  • PORT KLANG
  • TELUK GONG
  • JENJAROM









You Might Also Like

0 comments