Kerja saya di Opis...

02:01


Sebenarnya seronok bila ada anak.

Anak ni, pembawa rezeki, masa saya mengandungkan Adam, saya kerja di Petaling Jaya, dekat dengan Menara LYL.

Ceritanya begini....

Selepas saya habis belajar, saya duduk kat rumah sebulan sahaja. Saya x tahan duduk sahaja kat rumah. Setiap hari bergaduh dengan adik. Saya mula bosan, saya cakap kat mak nak cari kerja. Mak pun merestuinya. Mak cakap, daripada duduk sahaja baik pegi carik keje.

Masa tu konvo lambat lagi. cari punya cari, last-last dapat satu tempat dengan suami. Suami saya ni senior lah sebab dia keje situ dulu. Saya dapat keje di EM Shipping sebagai Assistant Trade. Best keje kat sini. Keje sini dari kontena xtau sape punya sampailah kontena tu jadi orang punya.

Sebagai salah seorang yang duduk di jabatan yang hebat dan terpenting di syarikat, saya banyaklah belajar trick nak memikat pelangganlah, belajar nak solve problem dengan Agen lah. Pastu kena marah sebab lambat balas email. Bayangkan email dating beribu, yang menjawabnya hanya 5 orang. Kalau bos saya malas jawab, dia suruh saya begitu jugak dengan Exec saya masa tu, kalau malas menjawab dia suruh saya jawab.

Keje bahagian Trade bukan setakat belajar Trade, saya kena belajar semua jabatan. Setiap jabatan tu saya kena tahu apa tugasan mereka. Xboleh pakai hentam jer.

Dulu masa praktikal kat MISC Agencies Sdn Bhd pon keje macam ni jugak, tapi lain sikit caranya.

Lepas 2 tahun saya kerja, saya dengar khabar dan khabar tu memang betul yang syarikat saya keje ni nak di pindahkan ke Bukit Tinggi Klang. Sebenarnya say x nak keje di Klang. Saya x suka. Kekampungan gitu wahhh poyo jer..

Saya dah biasa duduk di KL selama 2 tahun. Jadi di sebabkan oleh saya x mau keje di Klang, saya carik keje lain. Dapat temuduga dekat Petaling Jaya jugak. Di bangunan LYL.

Lulusla temuduga situ. Saya di panggil bertugas ngam-ngam 2 tahun keje di EM. Saya dapat keje di BENLINE Agencies. Benline ni buat servise as a Agen. Dulu diorang ni ade sendirik-sendirik. kapal sendiri, kontena sendiri, trailer, semua la...tapi pada tahun ke berapa x ingat hehe dia orang jual semuanya dan jadi Agen perkapalan sahaja.

Di Benline saya keje bahagian Port Services. Sangatlah seronok keje bahagian ni. Kalau dekat EM saya yang bagi arahan guna rate ni, bagi D&d berapa hari. Tapi, di Benline ni saya pulak terima arahan antara principal dan pelanggan. Sya duduk tengah-tengah.

Bos saya seorang Captain. Pendek dan kecik molek jer. Smart dan handsome. Tapi dia ni macam berat sebelah. Kat department Portservise ada 6 orang jer termasuk saya. Saya sangatlah suka pada Manager saya. Dia sangatlah professional masa menjawab apa sahaja soalan dari Principal dengan pelanggan. Syok suara dia. Tapi saya x berapa suka dengan orang-orang di sekeliling department tu. Suka pentingka diri dan kalau ada apa-apa masalah walaupun saya x salah dorg anggap saya salah.

Berbanding keje di sini, lebih suka buat TRADE!!!!

Bila dah kawin, saya tinggal berasingan dengan suami, saya tinggal di KL dan suami tinggal di Klang. Weekend jer jumpa. Rindulah jugak. Kami pun sama-sama cari rumah sewa. Saya ingat senang carik rupanya susah gila.

Dapatlah rumah sewa sekarang ni.Duduk sini berulanglah saya dari Klang - pj - pj klang. Allah jauh ya rabbi... penat pulak. Tetiba di sahkan mengandung, lagilah penat dan x larat nak keje. huhu selalu mc, hambik ko hahaha.. Habis lah duit saya sejak duduk di Klang, Bayangkan masa bujang saya Nye saving RM1000 sebulan, dah berulang ni duit minyak, parking & tol. Saving pun sikit jela. Adui kopakk

Saya pun decide carik keje lain yang lebih dekat dan xde kena duit banyak sebab saya benci betol keluar duit hahaha

Dapat pulak keje di Infinity Westport. Nilah yang saya keje sekarang. Keje sini lahhhh paling x best di dunia...Daripada saya keje pakai smart2 dan cantik siap bermekap, keje sini nak mekap pon saya jadik malas dan pakai pon kasual jer.. Aircond pon slow. Dahlah suka off kan Aircond. Benci betol orang macam tu.

Keje di Westport ni sangatlah jame kalau ada excident. Langsung x best. Pernah saya yang sarat ni sampai rumah pukul 8 mlm. Masa tu mengandungkan si Adam la.

Saya x suka keje sini sebab orang-orang sekeliling..

Okei lah saya stop dulu...len kali citer lagi ek...

Kalau ada sebarang pertanyaan mengenai SHAKLEE, hubungi saya di:

umiadamfaris@gmail.com
fb: Haniza Hani
sms/call/wassap 0135131481
ID: 1065866

You Might Also Like

0 comments