Kalau saya dapat 1 JUTA?

23:49



Salam...

Bercakap soal duit di malam hari ni... hihi

Kalaulah saya dapat 1 juta, ape saya nak buat??? Apa ek saya nak buat dengan duit tu???

Mestilah saya akan guna kesemuanya duit-duit tu sampai habis one time hohohoho rakusnya diri ini...

Begini, perkara pertama yang akan saya lakukan adalah saya akan bayar lumpsum satu-satunya hutang saya iaitu PTPTN hohohoho....

1) PTPTN

 Walaupun dah tukar yuran perkidmatan kepada 1% saya tetap susah benor nak membayar tiap bulan. Ape kata dengan adanya 1 juta ni, saya bayar lumpsum kat kaunter PTPTN... masa tu saya dengan bangganya berjalan bawak duit yang lebih kurang RM19K ke kaunter.

Saya dengan bangganya jugak akan bagitahu saya nak bayar ke semua hutang saya tu tanpa was-was. Ya Allah mesti lega kan perasaan masa tu sebab dah lepas 1 beban.
 
2) Untuk Adam & adiknya

Perkara kedua, saya akan masukkan RM10K kedalam akaun setiap anak saya sebagai persediaan di hari depan mereka. Letak lam tabung haji jerrr...

Ya Allah lepas tu xyah dah melabur setiap bulan kat akaun mereka. Kih3...

3) Bawak suami pegi honeymoon kat Mekah.

Saya nak hantar dua-dua anak saya kat mak kat kampong, pastu gi honeymoon ngan suami kat Mekah. Buat umrah. Ya Allah bersyukurnya dengan nikmat mu...

4) Nak beli motor idaman saya iaitu Kawasaki Ninja ZX 6RR..

   Kawasaki Ninja ZX 6RR wallpapers

Smart kan motor idaman saya???
Ni lah motor bike idaman saya sejak zaman sekolah... Saya suka bawak motor dari bawak kereta. Cita-cita saya nak beli ni huhuhu...

5) Besarkan jalan kat nak masuk umah mak saya.

Jalan nak masuk rumah mak saya, sangatlah sempit dan curam. Jadi saya akan besarkannya dan letak cerucuk bagi lagi lagi lagi besar jalan supaya xde la risau nak turun naik hohoho...

6) Nak beli rumah hehe...

Nak beli dua rumah. Rumah kat Klang or kawasan Selangor dengan rumah kat Gerik. Ha rumah kat Gerik ni nak buat asset. Nak sewakan. Hehehe...Baru masyukkk tiap bulan.

7) Nak bayar cash Viva ni dan beli kereta baru yang lebih besar.

Kereta viva ni tinggal lagi 2 tahun lebih jer... kalau saya dapat 1 juta saya terus bayar cash hehe.. Lepas tu, saya akan beli kereta idaman saya iaitu tah.... saya xde kereta idaman... tapi kereta yang saya nak beli tu syaratnya mestilah 6 kerusi,besar, penumpang selesa iaitu bila dok belakang xde lah lenguh kaki hehehe...

8) Saham akhirat

Nak buka rumah orang-orang tua. Nak buka secara sukarela...

Dahlah kot..tu jer saya nak buat... Saya ni xreti sangat bab duit ni. Sebab duit pon sy bukannya selalu guna. Saya bukannya suka sangaaat shopping. hua3...

Tapi serius, kalau saya dapat duit sebanyak ni, benda yang saya akan buat dulu ialah ke kaunter PTPTN huhu bayor cash semua PTPTN saya...

Okei stop bab duit ni. Sebenarnya sape nak bagi 1 juta lam dunia ni??? Cer citer??? Lam mimpi jerlaaa...

Okei nak mimpi dapat 1 juta la....
tata...

Wahai sahabat, vitamin Shaklee adalah vitamin yang di proses secara semula jadi. Ianya halal, selamat dan berkesan di gunakan. Kalau sahabat cakap saya makan vitamin Shaklee tak ada kesan apa-apa, Tanya lah diri sendiri di mana silap sebenarnya...

Any order, pls call me on,


umiadamfaris@gmail.com
fb: Haniza Hani
sms/call/wassap 0135131481
ID: 1065866


You Might Also Like

0 comments