Tips Memilih Pump Susu

02:43


Sy suka betullah citer pasal penyusuan sebab sy betul-betul cinta dengan penyusuan susu ibu. Hari ini saya nak share sikit pasal pemilihan pum susu.






Okay bila kita dah jadi nak jadi seorang mak, kita mesti dah fikir sama ada kita nak bagi susu kita atau nak anak kita kenyang dengan susu lembu atau kambing. Memang orang kata susu kambing sangatlah bagus, tapi bila kita jadi mak, tergamak ke kita nak bagi anak kita minum susu kambing ni??? Jadi apa gunanya susu yang kita ada?




susu mak, untuk anak mak. susu lembu untuk anak lembu




Masa tengah mengandung lagi, kita dah kena fikir pump susu jenis apa yang kita nak beli. Macam kakak ipar saya seorang pakai Spektra dan sorang pakai NUK. Boleh jer mana-mana. Sy pakai Medela Harmony.

Sebenarnya dulu asben secara sengaja gi beli sendiri pump susu. Dia beli pump letrik Pureen. Bukan nak kata tak bagus, bagus jugak cuma bising sikit kalau nak compare dengan yang lain. Masa sy buat stok, memang la dapat buat, cuma puting sy jadi besar dan bengkak, bila Adam nak isap Allah sakitnya rasa. Asben suruh stopkan pump sebab sy tak tahan sakit sangat bila Adam isap lepas pump.

Dengan itu, sy cari-cari pump yang lebih best. Sebab nak buat stock a.k.a nak masuk kerja dah. Jadi bermulalah pemcariannya. Kakak ipar sy suggest sy beli Medela Harmony. Bukannya berat pon ringan gila. Muat bebenor dalam cooler bag stock susu tu.









Walaupun lebih mahal daripada yang Pureen tu, tegarkan ajelah membeli. Beli dengan duit sendiri ni huhu... Mahallah jugak kalau nak compare dengan pump manual jenama lain. Pump ni tak silap offer aritu RM200 kot. 

Memang sedap gila masa pakai. Tak yang perah kuat-kuat pun. Sambil sembang dengan budak office pun dapat banyak dah. 

Sebenarnya, lagi kita dok mood happy selagi tu la susu pun dok happy keluar. Memang syok gila masa pump. 

Ada yang letrik, tapi mana mampu. Sy tengok semua Medela yang letrik datang dengan pakej. Memangla berbaloi pakej tapi dalam pakej tu dah ada barangnya. Rasa kurang berbaloi beli. Mahal tahap gaban. Tak mampu ai. huhu

Untuk azam anak yang kedua ni, sy sangat berazam nak susukan selama 2 tahun. Juga untuk si Adam yang baru jer setahun. So sy harap sy dapat lebih lebih banyakkk susu badan...

Sebenarnya, kalau guna pump susu, kita tak payah pump cuci, pump cuci...cukuplah kita guna seharian dan cuci bila dah balik kerja nanti. Cara nak mencuci Medela Harmony sangatlah senang. Buka semua accessories yang melekat kat pump tu dan rendam dalam air suam. Kemudian cuci dengan pencuci botol tu. Senang je kan?

Kadang-kadang ada mak, yang bila pump susu tak keluar. Sebab ape ye??? Sebabnya:

  • Paksa susu keluar. 
Susu tak payah di paksa. Sebabnya ia semulajadi keluar. Kalau paksa dengan emosi yang tegang susu pun akan turut beremosi. Baik bukak tv, dan tengok cerita katun. Stress hilang dan susu pun keluar dengan lancarnya. Kalau kat opis, tengoklah gambar anak kita sambil ingat telatah dia. Cara dia senyum, muka dia tidur. Mesti comel kan???

  • Tak letak betul-betul
Kalau pump susu, standard duduknya mesti betul. Mesti kena betul-betul kat tengah-tengah. Biar semua arola masuk dalam pump. Jangan senget. Sebab boleh menyebabkan kalenjar susu kita masalah. Bila ada masalah sebab tulah tak dapat susu banyak bila pump.

  • Air kurang minum
Minumlah air sekurang-kurangnya 3 liter atau lebih. Ini boleh membanyakkan lagi pengeluaran susu. Tak pelah kalau terkencing-kencing kat opis pun. Ada orang kisah???

  • Susu kurang sebab malas pump
Kalau malas pump ape pun x menjadi. Kalau weekend pun wajib pump. Jangan malas tau. Kalau dah buat jadual, ikut jela jadual pum tu. Kalau malas susu pun malas nak keluar.



Kadang-kadang susu kita tak dapat nak keluar dengan banyak sebab kita kekurangan nutrisi dalam tubuh. Jadi cubalah ambil apa-apa supplement bagi menambah nutrisi dalam badan kita ni. 

Kalau sy mestilah menggunakan Set Menyusu terbaik sy iaitu Set Menyusu Shaklee... Ada orang susah nak dapat apa yang dia kehendaki bila dah makan supplement pun. Sebabnya dia tak mengamalkan 3 tips mudah ni:

  • Air minum 3 liter
  • Power pumping
  • Mindset

Kalau anda berminat dengan Set Menyusu Shaklee, anda bolehlah menghubungi sy untuk sebarang order. Jangan risau, sy adalah SID yang sangat bertanggungjawab. Sy akan ajar mak-mak sekalian untuk melimpah ruahkan susu.


Hubungi sy:

iRHaniza
wassap/sms 0135131481
umiadamfaris@gmail.com
fb: Haniza Hani



You Might Also Like

0 comments