Bekas Simpan Susu
10:05
Banyak bekas boleh simpan susu. Tak kira bekas apa sekali pun, cuma pastikan dalam keadaan bersih, disterilkan dan di keringkan dengan sempurna.
Antara bekas yang di gunakan:
Bekas khas yang di jual di kedai-kedai seperti:
- Botol susu free BPA
- Plastik susu
Plastik susu pun mudah jugak. Sebab ada tulis berapa onz kat belah depan plastik, cuma yang leceh, sat gi bila mak nak hantar gi rumah pengasuh kena bahagikan setiap onz. Ada jugak bahayanya sebab kalau tak clam betul-betul plastik tu boleh menyebabkan bocor atau susu tumpah. Masa tu la rasa rugi tahap gaban.
- Plastik ais krim
Yang ni murah ni. Yang ni paling murah gila-gila hehe.... Tahu x aiskrim seposen kat kedai tu? Ha boleh letak susu jugak dalam ni. Ikat kemas-kemas tau.
- Bekas Dadih
Bekas dadih ade di jual kat kedai-kedai. Murah jugak. Banyak jugak saiz. boleh pilih nak penuhkan peti dengan bekas mana-mana ek. Boleh di guna kan 3 kali sebelum buang.
Ok nak share tips ni:
Kalau nak simpan susu tu:
- Pilih bekas murah-murah jer
- Pilih bekas kecik-kecik or cukup untuk baby kita isap sekali. Nanti tak delah membazir
- Bekas susu yang xde tanda bpa free boleh guna untuk simpan susu.
- Pastikan bersih, dan selamat.
Ok selamat simpan susu!!!
Haniza
umiadamfaris@gmail.com
fb: Haniza Hani
ID: 1065866
0 comments