Tips Banyakkan Susu Badan

09:55


Di pagi yang hening ini, sy nak share macam mana nak banyakkan susu badan kita. Walaupun kita ni memang susu memancut-mancut tapi tak semestinya hari-hari akan memancut kalau kita ada sifat M iaitu MALAS!!!

Tapi sebenarnya kita bukan malaskan kan?? Kita tak rajin hehehe

Banyak cara tau nak bagi susu kita ni banyak dan stok susu penuh peti. Cara yang boleh memberi motivasi kepada mak-mak sekalian, cuba bukan peti air kedua-dua pintu. Kalau yang ada 1 pintu tu cuba buka pintu peti air tu...






Cuba tengok apa ade dalam peti tu??? Mesti ada ikan, ayam, daging, sotong, udang, ketam lam peti atas dan sangat penuh dengan bahan mentah tersebut. Ok sekarang cuba tengok peti bawah pulak, apa ada kat peti bawah??? Sayur mayur, fish cake, cendawan, air kotak, air tin, air sirap, air milo pagi tadi, vitagen, haa...belacan!!! Alamak, banyaknya benda sampai tak muat peti ni. 

Cuba bayangkan, dalam peti ais tu, ada pulak susu kita?? Wow!!! Bayangkan yang peti bawahm rak bawah sekali, penuh dengan susu kita. Ya Allah....tingkat 2, 3 4!!! Tu baru pintu bawah, cuba bayang kat peti atas pulak... Ya Allah!! Banyaknya rezeki anakku Allah bagi!!!

Ha... sekarang dah rasa semangat kan???

Jom kita tengok tip-tipsnya...







  • Kerapkan menyusu / mengepam

Susukan baby kita 2 jam sekali. Jangan tangguh-tangguh. Kalau baby kita tangguh-tangguh, kejutkan dia, jangan bagi dia tidur lama-lama. Bila kita dah set kat kilang kita susu akan keluar 2 jam sekali, production kita pun akan setiasa ada. Bila baby dah isap dan dah tidur, jangan biarkan susu yang lebih-lebih tu macam tu jer.... pump sampai habis. Sesi penyusuan dan pengepaman yang kerap boleh di lakukan pada sebelah malam iaitu sekitar jam 12 pagi hingga 6 pagi. Ini kerana pada waktu malam, banyak dihasilkan ketika ini. 


  • Jangan tunggu payudara penuh

Ramai mak-mak berfikir, payudara yang belum bengkak tu belum penuh. Jangan fikir macam tu. Salah pemikiran macam tu. Susu kita, kalau kita sentiasa rangsangkannya, ia akan produce lebih banyak. Susu kita takkan kering kalau kita bagi baby atau kita pam setiap 2 jam. 

Kajian menunjukkan tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi jika waktu penyusuan di singkatkan. Ini bererti, kalau menyusu selama beberapa minit selepas baby menyusu, baby akan mendapat susu yang mengandungi kandungan lemak yang tinggi yang dapat membantu menambahkan berat badan.

caye la cakap kak ton!!!

  • Minum banyak Air



Ada orang, malas gila nak minum air sebab mak dia cakap nanti takut urat-urat kembang. Ini orang dulu-dulu punya cerita. Tapi tahu tak kita, air yang kita minum jugak boleh membantu kita untuk senang membuang???

Minum air sebanyak 3 liter or lebih dapat membantu kita membanyakkan lagi pengeluaran susu. Tak per, biarlah terkencing-kencing pon, sebab lagilah bagus sebab boleh cuci buah pinggang kita. So janganlah risau.

Minum air sebelum dan selepas menyusu. Sangatlah membantu. pls help your self.

  • Fikir baby, fikir susu
Masa kita tengah susukan baby kita, tengok muka dia, tengok muka dia yang tengah syok menyusu tu. Belai-belai kepala dia sambil berzikir Ya Latiff supaya dia di lembutkan hati dengar cakap kita. Hembus kat ubun-ubun dia.

Cara ini sangat membantu mak-mak sekalian. Sebab kita rangsang emosi kita untuk banyakkan susu badan.  Ha lagi senang, masa nak pump susu tu, tengoklah gambar anak kita. Tak pun, masa nak pump tengok maharaja lawak mega hehe

Sambil menyusu dan pump sambil jugak berzikir ya Matinn

  • Berdisplin
Masa weekend jangan sesekali ponteng pump susu dan jangan sesekali ponteng jadual pump susu or rasa malas nak mengepam. Menyusukan baby pun jangan ada rasa malas, sebab kalau malas larilah jadual production kita. 

Sebenarnya, waktu paling baik untuk buat stok adalah waktu hujung minggu lah, sebab kita lebih rilex.

Senangnya nak bagi kita berdisplin ni, kita buat jadual menyusu. Senang jer jadualnya...







  • Tandem Pumping

Latihlah diri kita untuk menyusu dan mengepam serentak. Kalau baby isap kanan, kita menyusu baby belah kiri. mudah jer..

  • Teknik Marmet
Teknik ni sangat membantu sy masa berpantang dulu. Sangatlah banyak bila keluar susu. Kajian menunjukkan, teknik marmet boleh membantu ibu memerah 100% susu berbanding mengepam hanyan menggunakan 60-70% stok sahaja. Lepas pump, guna tangan pulak untuk kosongkan payudara.

  • Menyusu dan Mengepam dengan lebih lama
Jangan hadkan masa menyusu baby kita. Biarkan dia menyusu sebelah sampai puas dan kemudian tawarlah padanya yang sebelah lagi. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi dan jika terlalu cepat menawarkan sebelah lagi baby hanya dapat foremilk dimana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak mendapat kalori yang cukup untuk tumbesaran. 

Ambil masa 15-20 minit semasa menyusukannya dan perahlah bila baby sudah puas menyusu atau sudah lepas payudara. Perah sampai ke titisan terakhir. 

Jika sudah masuk kerja pam lah susu dengan lebih lama iaitu 15-20 minit.

Makin lama menyusu dan pump, makin bertambah susu dan makin banyaklah stok kita. 


  • Penyusuan Malam
Amalan menyusukan bayi di waktu malam adalah sangat bagus. Ini kerana di waktu malam lebih tenang dan penyusuan malam juga boleh merangsang hormon prolaktin ^_^... Hormon prolaktin memainkan peranan menghasilkan susu yang banyak. 

Mak-mak boleh mengamalkan cara tandem pumping ketika menyusu malam.

  • Urutan
Teknik urutan payudara sangatlah awesome. Bagi mereka yang bengkak susu atau kurang susu bolehlah mencuba teknik urutan. Anda boleh mencuba teknik urutan payudara di sini

Caranya sangat mudah.




Jom tengok gambar ni lama-lama.... supaya memberi inspirasi kepada kita ^_^





Kalau masih kurang susu, jom beli set menyusu dengan saya... sambil tu kita amalkan tip-tip yang sy share ni ^_^








Jom order dengan saya sekarang

Hubungi:

iRHaniza
wassap/sms 0135131481
umiadamfaris@gmail.com
fb: Haniza Hani

You Might Also Like

0 comments