Set Berpantang Shaklee

00:16


Hihi poyonya sy...harini nak membiru-biru hehe

Bila dah hampir-hampir nak bersalin, mesti mak-mak gelabah gila kan nak guna Set Berpantang yang mana satu... Sabar, bukannya susah pun nak kena fikir teruk-teruk. Kalau dulu, sy tak fikir pun nak beli Set Berpantang ni. Sebab sy rasa mak sy akan sediakan kat saya sepenuhnya.

Tapi memang betol pun mak sediakan. Mak sy sediakan dan sy bagi duit jer, mak sy yang beli. Mak sy beli ubat kampung. Sy guna jer... Dulu sy tak tahu pun apa kepentingannya guna Set Berpantang ni. Sebab sy rasa berpantang tu makan ubat dan makan makanan berpantang. Ceteknya ilmu sy masa tu.

Sy ikuti semua cara berpantang, dari makanan, mengurut, pakai stokin, tak boleh memandu, duduk baring atas tilam jer... Minum air banyak pun mak cik sy tak bagi. Pelik kan? Tapi mak sy alu-alukan sy minum air yang banyak. Ni untuk susu sy. 

Sekarang, lepas sy mendalami ilmu yang shaklee bagi, sy rasa Master gila dalam bab menyusu dan berpantang ni. Memang kalau orang tanya apa sekali pun, memang Master wehh... Sy pun tak sangka. Sampailah sy jatuh cinta gila dengan penyusuan susu ibu. 

Walaupun sy masih mengandung, sy masih menyusukan Adam. Adam kalau tengok Umi dia baring terus menyendeng, penat pulak pikir macam mana nak stop. Hehehe... Tapi bukannya berdosa pun kalau bagi. Cuma orang tua-tua cakap, susu tu untuk adik pulak. Tapi bagi sy cakap macam tu salah berlaka. 

Kalau kat negeri orang putih, mak-mak orang putih ni bagi anak dia menyusu sampai umur 3 tahun. Ada lebih. Share susu mak dorang dengan adik-adik. Orang putih macam tu, tak kan kita pulak nak stopkan. 

(Ok stop, melalut dah ni hua hua hua)

Ok, sy sangat senang dan tak sabar sebenarnya nak tunggu Adik di lahirkan ^_^ sebabnya Adik sangatlah aktif kat dalam ni. Dah dua kali sy rasa siku dia. Ya Allah hebatnya Maha Pencipta... Doakan sy mudah melahirkan Adik, selamay serta sihat kami kedua-duanya ^_^


Set Berpantang Shaklee ni ada :






  • ESP 
  • VITALEA
  • VITAMIN C 
  • ZINC 
  • B COMPLEX
  • OSTEMATRIX
  • ALFALFA

ESP 

Membantu memberikan tenaga kepada kita. Kan masa berpantang, baby selalu nak ajak kita berbual tengah-tengah malam kan? Kita ni bila masa pantang, memanglah sangat penat, tapi tak pelah sebab anak kita. Dah rutin baby kita macam tu kan... time kita nak tidur barulah dia nak ajak main. 

Sebenarnya ada hikmah jugak anak ajak sembang ni, kita bolehlah buat stok susu kita. tol x??


Dengan pengambilan ESP ni, badan mak-mak akan sentiasa bertenaga, susu banyak dan pekat. Kulit pun mulus dan putih bersih. Susu akan menjadi lebih pekat dalam masa hanya 3 hari. Tapi dalam masa 3 hari kena consistent minum ESP. Jangan skip.



VITALEA

Vitalea sangatlah penting untuk ibu yang mengandung, berpantang mahu pun menyusu. Ini kerana vitalea kaya dengan zat besi. Zat besi sangatlah penting. 

Zat besi di perlukan untuk ibu yang banyak kehilangan darah semasa melahirkan. 


Zat besi banyak terkandung dalam makanan laut kan. Jadi, masa berpantang, kalau yang bersalin secara czer, elakkanlah ambil makanan laut ini kerana boleh menyebabkan gatal dan menanah. Oleh itu, vitalea yang kaya dengan zat besi ini boleh di gantikan.


Selain itu, pengambilan vitalea juga sangat di galakkan kerana dapat menyembuhkan luka. 


Menurut doktor pakar kanak-kanak, sekiranya ingin menyusukan baby secara berterusan selama 2 tahun, si ibu perlulah mendapat zat besi yang tinggi. Ini bertujuan untuk membantu pertumbuhan dan perkembangan anak.



ALFALFA

Alfalfa kaya dengan milkbooster!!! Kalau ibu-ibu yang tengah berpantang nak buat stok banyak-banyak sampai penuh peti ais, Alfalfa akan membantu. Selain itu, semasa berpantang, tak sah sekiranya ibu tidak mengalami masalah sembelit. Kalau ibu yang lepas kena jahit, mesti takut kan nak membuang. Samalah macam sy dulu. Sy takut gila. Sampai mak cakap kalau nak buang, duduk bersimpuh. Lagilah najis susah nak keluar.

Kombinasi Alfalfa dan ostematrix dapat membantu ibu-ibu untuk elakkan sembelit. Ostematrix akan melembutkan najis dan Alfalfa akan memudahkan pembuangan. Jadi tak de lah risau kalau nak membuang. 

Ha... Alfalfa jugak boleh menguruskan badan kita. Eh ibu berpantang ni boleh slim tau. Ibu menyusu pun. Ini kerana, kita tidur x cukup dan rehat x cukup, tu pun dah boleh menyebabkan kita kurus ape lagi bila amalkan Alfalfa lagi kurus la kita... makan buang makan buang kan kan kan ^_^

selain itu antara kebaikannya utk ibu berpantang:

  • membantu menghilangkan kelesuan dan tekanan
  • sebagai kacip fatimah! wow ketatttt gitu
  • mencuci usus membuang toksid
  • membesar dan menegangkan payudara
  • memulihkan urat selepas bersalin
  • membantu melegakan sembelit

VITAMIN C

Ingat lagi masa berpantang lepas lahirkan hero pertama, menu setiap hari sama sahaja, nasi putih, ikan bakar, sayur. Tu jelah... Kadang-kadang mak buat kari tanpa santan. Lepas makan tidur. Air suam. Buah-buah mak x bagi makan, sayur-sayur lain mak x bagi kecuali lobak putih, kucai, sawi dan khailan. Ikan lak tenggiri, ikan haruan, ikan merah dan ikan temenung siam. Yang ni jer boleh mak cakap. 

Orang dulu-dulu berpantang lagi teruk mak cakap, bengkung kena pakai 24 hours, sy mana ade, rasa insaf sikit untuk turunkan berat badan baru suruh mak pakaikan. Kalau tak, duduk lah bengkung tu senyap-senyap lam bilik.

Buah-buahan tak boleh di makan. Padahal ibu yang menyusu memerlukan nutrisi yang tinggi dari buahan dan sayuran. Oleh sebab kurang nutrisi akibat berpantang, cara terbaik ambillah supplement yang kaya dengan nutrisi iaitu Vitamin c. 

Sebiji vitamin c bersamaan denga 7 biji oren FRESH!!! Tapi mesti kita fikir, baik makan oren jer. Nak ke kita makan 7 biji oren dalam 1 masa? Kalau sy x sanggup, baik makan vitamin c jer. Makan sebiji pon dah kira kenyang. Inikan 7 biji.

Vitamin c jugak membantu menyembuhkan luka jahitan sama ada ibu melahirkan secara pembedahan atau normal. Juga baik untuk memulihkan tisu yang rosak selepas bersalin.

Vitamin c jugak dapat membentuk kolegen dalam badan kita dan yang paling peting dapat mencantikkan kulit.


OSTEMATRIX

Ostematrix sangat baik untuk melembutkan najis. Selalu ibu masa berpantang mesti sembelit. Jadi Ostematrix akan melembutkan najis. Jadi kita tak de la risau kalau nak membuang. 


Ostematrix juga adalah penganti susu. Sekiranya ibu yang malas nak minum susu bolehlah mengambil 4 biji ostematrix sebelum tidur. Ostematrix sangat baik untuk ibu yang berpantang. Selain baik untuk susu, ibu-ibu akan lenguh badan. 4 biji sebelum tidur, esok bangun segar dan badan pun tidak lenguh-lenguh. Plus lebih bertenaga ^_^


B COMPLEX

Kalau sy dulu emosi selalu terganggu. Kadang-kadang rasa stress sebab susu tak nak keluar, stress suami duduk jauh, hanya ada mak jer peneman setiap malam, stress jugak sebab kena jaga setiap malam. Tapi B complex, membantu menghilangkan stress. B complex adalah sebagai penenangnya. 

Selain itu, b complex juga boleh memberi tenaga kepada ibu yang sedang berpantang. 

ZINC

Zinc sangat bagus untuk merawat luka bersalin dalam dan luaran sama ada bersalin secara normal atau czer. 

Sy sangat teruja bercerita pasal penyusuan susu ibu. Sy tak tahulah kenapa tah sy suka bebenor cerita pasal ni. Sy x sabar nak kumpul stok susu balik lepas adik lahir ni. Nak kumpul banyak-banyak untuk abang dan adik... Sy berazam nak susukan mereka sampai 2 tahun or lebih. tak kisah lah...


Sy takkan kecewakan orang yang membeli dengan sy, sy akan jg sampai penuh 1 peti. Tapi untuk yang x beli tapi nak mintak consultation, sory to say ^_^

sy akan bagi ebook percuma, free give.. dan kalau membeli cukup 200 uv sy akan bagi keahlian percuma. Masuk jadi ahli lagi la murah harga... Jadi ahli, klu cukup 150uv dapat cash back tau. sapo nk bagi cash kat kita?? cer kabo...hehehe


Hubungi sy segera ek:

iRHaniza
wassap/sms 0135131481 / 0179119260
umiadamfaris@gmail.com
fb: Haniza Hani

anda tanta sy segera jawab!!!

iluvbf! 

You Might Also Like

0 comments