Majlis Tahliil Arwah Abah

11:12


Kenduri ni memang dirancang oleh abang saya yang no 4.. 28hb aritu besday dia. Masa sy balik kampung malam tu, wahhh banyak betul makanan rupanya makanan tu dari majlis hari lahirnya yg ke 32 tahun..hihi abg dah tua...

Balik kampung memang seronok. Mak masak macam-macam dan mengenyangkan. Mak pulak suka benor duduk dapur dan masak. Mak sy sangatttt rajin dan pandai masak.

Masa sy dan suami sampai, jam dah pukul 1 pagi lebih. Huhu tetiba my prince terjaga. Dan sedia maklum kalau dah terjaga memang susah nak tidur balik. Terpaksalah sy dan suami berjaga together gether... walaupun penat apa boleh buat, tak kan nak bagi my prince main sorang-sorang. Terpaksalah bawak berjalan 1 rumah. Lagi best dia jalan pergi dapur dalam gelap cari sy yang dok tengah basuh botol susu dia. Huhu...

Dah sampai layan dirilah. Makan ape yang ada di pagi-pagi hari ni. Makan pizza hut lak tu. Samalah si prince pun makan sama. Nak nak nak hehehe

Keesokkan harinya bangun awal pagi. Lepas mandi terus Dhuha dan tolong mak kat dapur. Sebabnya majlis tahlil akan di adakan lepas zuhur. Mak buat nasi ayam...yummmyyy.....

Tah macammana, dapat pulak buah mempelam dari Perlis. Marvelous!! Tapi masam emmm emmm

Majlis berjalan seperti biasa. Lupalah nak save gambar kat sini. Hehe...

Pukul 2 petang, kedatangan pelajar dari Sek Maahad Gerik. Dalam 20 orang. Asben, yop dan adikku Hanim pergi ambik dorang. Hehe... Masa dorang sampai sy kelam kabut masuk bilik nak pakai hijab, sekali x sempat nak kuar bilik sebab dorang dah duduk kat ruang tamu. Bilik sy betul-betul kat ruang tamu. Tu la masalahnya.

Oleh kerana x sempat, bagi aje lah my prince tidur. Hehe bagi susu dan tepuk-tepuk senangnyaaa.... anakku memang begitu kalau kat umah opah gerik ni hehe....

Keesokkan harinya....

Abang-abang sibuk nak balik dah. Abang Jei lah balik dulu, sebab dia nak jadi DJ...wow!!! Hehehe...

Diikuti oleh Yop dan petang sikit Abg Nizam a.k.a Oni sampai dari Terengganu. Abang Boy balik malam. Ala rumah dekat jer..kat Lenggong.

Sy balik senin. Hehe cuti sampai senin. Demam rindu nak balik kampung. Syok balik kampung tenang dan nyaman. Tidur pun lena. Nak jaga my prince pun senang.

Isnin is coming....

Disebabkan sy ni badan x sedap, sy dengan mak pergilah buat urutan kat kaki sy. Allah... sy memang x suka di urut dengan kuat. Sebab sy x suka sakit. Kat kaki urant dah bersimpul-simpul. Huhu sambil tu mak mintak bidan tu cek perut saya, betulkan duduk baby dalam perut ni. Huhu... Baby sy duduk sebelah jer. Patutlah asyik sakit belakang dan pinggang mak cakap hehe...

Tapi lepas betul pun, baby still suka duduk kanan acanerrr tu???

Lepas pergi mengurut sy dan suami pergi ke pekan Gerik. Rindunya dah lama x datang Gerik. Hebatnya Gerik sekarang. Kami pergi tukar kad Maybank. Dah nak tamat tempoh, lepas tu pergi beli baju adik baby dengan kelengkapannya sikit-sikit. Sebab lain-lain dah ada. Guna yg si Prince ajerr....

Tepat pukul 4 kami bertolak.. Huhu Hujan dan menyejukkan. My Prince takut hujan, peluk sy dan terus tidur hua3.... Berbahagialah sy sekejap sebab m prince tidur. 

Dalam perjalanan, tetiba jammed. Rupanya incident lori dan trailer. Kesian...

Pukul 11.30 pm baru sampai. Sy pun x pasti kenapa kami sampai lambat!!! Weird...

Dan esokkannya sy ambil cuti lagi hua hua hua.....


Jom order Shaklee dengan sy...

Hubungi sy:

iRHaniza
wassap/sms 0135131481
fb: Haniza Hani
email: umiadamfaris@gmail.com


You Might Also Like

0 comments