Kagum vs Proud

09:28


Hari ini sy dengan bangganya nak share cerita seorang kakak yang bf twin dia sampai 3 tahun. Ya Allah...kakak yang kuat semangat ni memberi inspirasi kepada sy. 

Ya Allah pentingnya susu ibu ni untuk anak kita. Hanya ibu-ibu yang menyusu sahaja tahu perasaannya macam mana gembiranya tengok anak bf.

Ni lah gambar Anis Hasnita ni...


Alhamdulillah, kini twinsdah masuk 3 tahun tapi still nk bf



Orang yang hatinya kental sahaja dapat bf twins dia sampai 3 tahun. Kalau anak tu sorang, sy bangga jugak, tapi ni twins!!! Gila-gila bangga.


Dulu sy hanya tahun, bf ni sampai 2 tahun jer. Kakak ipar sy yang sulung pun masih bf anak dia. Sekarang anak dia dah dekat 3 tahun lebih. Anak dia susah nak lepaskan nenen umi nya. Jadi umi pun bagi jela...

Tapi masa raya kesian kakak sy, dia pakai jubah lak tu. Jadi terpaksalah bagi jugak sebab anaknya Si Sara nak bf sampai menangis... 



Ni lah Sara... nak pergi skull ni... 


Ni perkongsian dari kakak Anis Hasnita...

Saya mmg amlkan kurma kismis sebagai snek sambil tu amik vitamin sbgai sampingan...air kosong mmg selalu bersama hauskan bf ni...selalu bercakap nge babies minum susu mama ni sedap baguss...otak selalu berkata mmg ASI ini mmg cukup utk mereka berdua...akhir x lupa mintak denganNYA cukupkan susuku utk twins ini...ini je yg saya amalkan...
Makan2 sy pantang nampak, sume sy makan sume sedap xde pantang larang huhuuuu


Gambar kakak Anis Hasnita menjadi inspirasi kepada sy. 

Insyaallah sy berazam nak susukan adik dan abang. Sekarang sy dah tak kisah kalau orang cakap, eh ni susu adik pulak.. Abang pun sy akan bagi. Ala lagipun abang bukannya nyusu banyak dah. 3 botol jer. Tu pun pengasuh cakap 6 onz . Jadi 6 x 3 = 18 onz untuk abang.


Ni pun menjadi inspirasi kepada sy


Dulu sy  tak berapa pandai tentang bf ni. Tapi, sekarang sy rasa sy lah yang memang hebat pasal bf ni. Dulu power pumping pon tak tahu. hehe kecilnya ilmu ku huhu... Tapi tak tahu tak tahu pun, Adam sy masih menyusu tau. Hehehe...

Sejak sy tengok gambar kakak Anis, dari semalam sy tak boleh tidur sebab sy teringatkan gambar kak Anis. Siap sy cakap kat hubby, "b nanti kalau susu y dah banyak penuh 1 peti ais, b beli peti ais baru ek?" suami sangat menyokong. Memang masa Adam pun. Masa sekarang sy susu kan Adam, hubby tetap menyokong. 

Pernah hari tu sy cakap, macamne ni? Adam tak nak lepas nenen? Hubby cakap tunggu lah sampai setahun. Ni dah setahun tau. Adam sentiasa nak. Malam-malam dia tetap menenen sampai dia tidur, kadang-kadang umi nya pun tidur sama.

Semalam jugak, sy cakap nak beli storage botol yang lebih banyak. Hehehe... Eeee x sabarnya sy!!!!

Kepada kak Anis, semoga Allah murahkan rezeki akak dan anak-anak yang comel ni. Semoga susu akak sentiasa ada untuk twins akak.

Kepada kakak Iparku... Kak adalah inspirasi ku... sy doakan kak munira dapat bf anak akak sampai dia putus nenen. 


- i love bf - 

iRHaniza
0135131481

You Might Also Like

1 comments

  1. Terharunya...dan saya rasa malu...masih ramai mommies di luar sana yg berjaya bf ank syurga mereka...
    Merekalah sumber inspirasi dan semangat saya...Mommies yg bf ini semuanya hebat dan terbaik...

    ReplyDelete