Tips Penyusuan Susu Ibu : Menyusukan Baby Semasa Dalam Pantang

17:01

Sebelum apa-apa, kita perlu faham selepas bersalin, susu kita hanya akan keluar setitis atau dua titis dan berwarna kuning pekat.

Ia dinamakan kolostrum dan mengandungi sangat banyak khasiat dan nutrisi untuk baby baru lahir.

Oleh sebab itu, ia adalah normal kalau baru lepas bersalin dan minggu pertama dalam pantang, susu kelihatan sedikit.

Lagipun, saiz perut baby baru lahir adalah sangat kecil seperti gambar di bawah.


Kalau baby menangis dengan kerap, ia normal kerana susu ibu cepat hadam, jadi memang normal untuk baby cepat lapar semula.

Takpe, masa dalam pantang lah kita kerapkan perah dan pam susu untuk banyakkan susu.

Kadang baby menangis bukan sebab lapar, tapi sebab tak selesa dengan suasana baru di luar perut ibu. Terlalu sejuk, atau terkadang terlalu panas.

Ibu yang sedang berpantang, bersabar ya :) Pahala yang besar buat anda.

Teruskan perah susu. Kalau saya letih, saya suka ambil ESP kerana beri saya tenaga berpanjangan :D

Dan Alfalfa untuk refill semula breast yang telah dikosongkan semasa perah susu tadi.

Chaiyok chaiyok ibu ibu :D

You Might Also Like

0 comments