Susu Ibu Pekat Sampai Anak Tidur Kekenyangan
16:43
Sebab apa nak sangat susu kita ni pekat?
Sebab bila susu kita pekat, anak akan kenyang lebih lama, kita bolehlah buat kerja macam-macam.
Pernah masa saya kerja setahun yang lepas, office mate tanya saya,
"Kak Haniza, memang macam tu ke rupa susu ibu? Kenapa cair???"
Bukannya saya nak cerita sini yang susu cair tu memalukan saya.
Tapi saya nak cerita kan yang susu awal masa pam namanya foremilk. Foremilk lebih cair. Manakala hindmilk susunya lebih pekat dan mengandungi banyak lemak dan kalori.
Sebab apa saya nak sangat air susu saya jadi lebih pekat?
- Anak tak melekat lepas menyusu. Atau orang panggil ngempeng. Letih tau kalau anak mengempeng. Sakit pinggang ni.
- Anak cepat kenyang dan kenyang lebih lama. Jadi tak lah anak asyik mintak nak menyusu sahaja. Kita pon boleh buat kerja macam-macam kat rumah.
Tips untuk banyakkan susu badan
- Kerap menyusu. Kekerapan tu dalam 2 jam sekali menyusu kalau baby dengan kita. Dan bila baby tak de dengan kita pam lah 3 jam sekali tanpa miss. Lebih baik ada jadual.
- Kerap menyusu waktu tengah malam.
- Amalkan membaca surah Hujurat sepanjang menyusukan anak. Insyaallah air susu banyak dan kita pun dapat pahala sebab membaca surah itu.
- Susukan baby bila-bila masa dia lapar
- Ambil makanan seimbang
- Amalkan formula supply vs demands
- Makan kurma. Kurma boleh membanyakkan susu badan
- Buat power pumping jika betul-betul perlukan stok yang banyak
- Minum air suam. Sebelum, dan selepas menyusu atau mengepam
Tips memekatkan susu badan
Cara saya memekatkan susu saya ialah, saya akan menyusukan anak saya sekerap yang saya mampu. Dan kalau anak saya nak, bila-bila sahaja saya akan bagi. Namun begitu, jika keluar, aurat kita sebagai seorang muslimat kenalah jaga.
Selepas saya menyusu atau saya pam, saya akan teruskan dengan memerah menggunakan tangan. Perah sampai habis. Bila susu dah habis di perah terus minum air suam atau air kosong untuk topup balik air kita. Dengan cara ini flow air susu tu lagi cepat terhasil.
Saya amalkan setiap pagi meminum air soya ESP Shaklee yang di blend dengan kurma dan oat. Ini adalah salah satu milkbooster saya. Payudara saya akan cepat penuh bila saya amalkan minum ESP, kurma dan oat.
Kemudian, selepas saya minum ESP saya akan makan ALFALFA shaklee sebanyak 10 bijik. Alfalfa dan ESP bukan sahaja memberi saya tenaga, namun membuatkan saya rasa kenyang lebih lama.
Sepanjang hari, saya akan pastikan air dalam badan saya cukup.
Saya jugak pastikan ketika berada di pejabat, saya akan pam susu setiap 3 jam.
Saya akan pam sekitar jam 10pg, 1ptg dan 4ptg.
Bila pulang ke rumah, terus susukan anak.
Semuanya terserah pada diri sendiri. Kalau nak anak minum air susu kita, kita kenalah berusaha dan kental untuk membanyakkan air susu kita.
Jangan jadikan alasan sibuk di pejabat untuk tidak mengepam susu. Ini kerana saya hanya pam susu di tempat saya, dan pekerja saya semuanya lelaki kecuali saya.
Jom... amalkan yang telah saya kongsikan.
Pengedar Shaklee Anda,
Haniza
ID: 1065866
WA: 013- 513-1481
0 comments