3 Cara Banyakkan Susu Badan Tanpa Supplement

19:41

Assalamualaikum....

.

.

Sejak menyusukan anak 4 tahun tanpa henti ini, hari ini saya nak kongsikan 3 cara yang sangat-sangat mudah untuk banyakkan air susu badan kita.

.

.

Susu badan ni, kadang-kadang banyak kadang-kadang kurang. Bila kurang ni mulalah kita gelabah. Banyak caranya boleh di gunakan untuk banyakkan kembali susu badan. Cuma kena bersabar dan cekal hati untuk banyakkan balik susu badan.

.

.

Jom, saya kongsikan 3 cara yang sangat mudah untuk banyakkan susu badan.

.

.

1. Pam susu awal pagi

.

Menyusu dan pam tak kira masa. Tapi masa paling best ialah waktu pagi. Kalau rajin bangun pagi-pagi lagi sangat bagus.

.

.

Kalau tengah menyusu pagi-pagi, cuba bangun. Lepas tu rasailah susu yang banyak sangat.

.

.

2. Power pumping

.

Keduanya saya selalu jugak buat power pumping. Tapi power pumping buat time susu kurang je tau. Jangan buat hari-hari tau. Kesian lak kat puting. Boleh terkoyak atau luka. Sebab power pumping ni buat sejam sekali buat.

.

.

Dalam seminggu tu bolehlah buat tiap hari. Tapi lepas susu dah banyak, puan-puan bolehlah kurangkan dalam 3 kalj seminggu.

.

.

3. Pam susu 2 jam sekali

.

Di pejabat atau dirumah atau masa bayi kita tak menyusu, pam lah susu 2 jam sekali. Dan perlulah dibuat secara istikomah.

.

.

Jika masa tengah pam susu tu anak merengek nak susu, bagi sahaja padanya. Bila dah siap terus sambung pam.

.

.

Tips saya ini sangat berkesan jika puan-puan lakukannya secara istikomah dan berterusan. 

.

.

Bak kata pepatah tak cuba tak tahu. Saya sudah rasainya.

.

.

Namun begitu, pengambilan supplement juga sangat penting untuk kita. Especially, kita yang menyusu ni. 

.

.

Selamat mencuba!

.

.

Untuk dapatkan set menyusu shaklee wassap saya ya 0135131481

You Might Also Like

4 comments

  1. Betul. Saya dah cuba yang power pumping. Masa susu drop sekejap aritu..gelabah jugak. Tapi cuba gagah kan untuk bertenang dan buat power pumping. Alhamdulillah memang nampak pertambahan susu. Memang betul la kata orang. Menyusu kan anak, nampak senang, selak je baju ye... Tapi sebenarnya ia tak semudah yang di sangka. Perlu kan ilmu dan kesabaran. Chaiyoo mummy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Dulu ingatkan semudah selak baju. Tapi hakikatnya kena ada ilmu.

      Delete
  2. Antara yang selalu isteri buat semasa menyusukan baby.. terima kasih kongsikan.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ��

      Support suami juga sangat penting...

      Delete