7 Lauk Kegemaran Ibu Berpantang

07:38


Banyak jer lauk kegemaran orang yang berpantang ni. Dua cara je nak masak lauk orang berpantang, sama ada rebus air atau bakar. Saya suka lauk masa berpantang. Mak saya masakkan semua lauk sedap
Meh nak kongsikan.

1) Ikan bakar.

Fuh yang ni kalau orang biasa ikan bakar cicah air asam sedap gila. Tapi kalau tengah berpantang Mak saya bagi saya makan dengan nasik je.
Antara ikan yang best,ikan kerisi, dan ikan termenung atau kembong. Ikan pun ada jenis yang tak boleh makan sebab gatal. 

2) Ikan masak kari.

Mak saya memang terer lah bab-bab masak. Kari yess boleh makan sebab panaskan badan. Cara masak tak guns minyak pun. Tapi kalau rasa macam susah, cuba lauk lain. Kari ni Mak saya buat dengan ikan kembung atau kerisi.


3) Sawi masak air

Sawi masak air Mak saya kalau masa tengah pantang memang sedap! Mabelesss... Bukannya susah pun.

4) Khailan

Khailan masak air. Tapi kan Mak saya masak khailan air lain sedap. Dan selalunya dia masak banyan sangat. Ngam lah saya pun memang suka sayur. Hehe

5) Pegaga

Pegaga Mak saya hidang macam tu sahaja. Tak pun dia buat kerabu. Caranya serai potong halus, daun pegaga potong halus, lada hitam, dan garam. 

6) Lobak puteh

Lobak puteh masak air. Mak saya akan beli lobak puteh sekilo untuk buat stok. Memang sedap. Selalu sehari 3 Kali makan Mak saya masak sebiji terus. Jadi memang pulun lah saya makan. Saya suka. Banyan khasiat.

7) Ikan bilis

Ikan bilis paling senang. Goreng Tampa minyan dan Gaul dengan Lara hitam. Senang je kan. Makan dengan nasi panas.. Perghhh sedap tu!


Resepi sayur masak air. Sama sahaja caranya untuk semua sayur.

Sayur
Ikan bilis
Bawang merah
Bawang puteh
Halba
Lada hitam
Garam
Air

Simple je kan..

Semoga perkongsian saya kali ini memberi manfaat kepada bakal ibu dan bakal bapa.

Pengedar Shaklee anda,
Haniza
0135131481

Dapatkan Set Berpantang Shaklee yang superb!

You Might Also Like

0 comments