7 Cara Banyakkan Susu Badan Dalam Masa Seminggu
19:42Makan banyak bukannya boleh membanyakkan susu ibu tapi boleh menggemukkan.
Lupakan nasihat kawan kita yang makan apa sahaja tanpa peduli pasal berat badan boleh membanyakkan susu badan.
Lupakan jugak nasihat kawan kita yang susu banyak lebih menyenangkan hati dari ambik berat pasal suami yang makan hati tengok badan kita yang semakin tembam.
Ok... Jom saya ceritakan cara banyakkan susu badan dengan cepat seawal seminggu.
Cara banyakkan susu badan dengan cepat
1) Makan makanan yang berkhasiat
Makan makanan boleh membantu kita menghasilkan air susu yang banyak dan berkualiti.
Yang paling penting makan nasi. Jangan skip makan nasi. Namun begitu, pengambilan nasi bolehlah di ambil secara sederhana.
2) Makan makanan yang membanyakkan susu badan.
Sebagai contoh makan sayur lobak puteh. Saya kongsikan resepi sayur lobak puteh yang sangat sedap. Resepi ini Dari Mak mertua saya.
Resepi lobak puteh masak lemak
Sebatang lobak puteh
Garam
Lada Hiram
Halba
Kelapa parut
Se ekor Ikan selayang
Air
Bawang besar
Bawang puteh
Bahan A:
Potong lobak puteh
Bahan B:
Rebus ikan selayang dengan air
Bila dah siap direbus, asingkan tulang dan isi.
Mesin isi ikan dan diikuti mesin tulang.
Bahan C:
Perah santan. Ibu santan asingkan. Kemudian santan yang cair seterusnya masukkan kedalam periuk.
Dalam periuk:
Masukkan lobak puteh, bawang besar dan puteh yang dah di hiris, halba, lada hitam, santan chair dan isi ikan.
Biar mendidih. Masukan garam secukup rasa.
Masukkan ibu santan. Kacau dan jangan sampai pecah minyak. Rasa dan tutup api.
3) Menyusu bayi dengan kerap
Untuk ibu yang bekerja, sangat penting menyusukan anak sekerap yang boleh semasa bersama anak.
Pastikan menyusu anak 2 jam sekali. Tapi kalau anak nak lebih kerap bagi saja lah.
4) Perah susu
Lepas pam, perah susu jika payudara masih lagi penuh. Perah sampai titisan terakhir.
Begitu juga selepas menyusu, perah guna tangan bila rasa payudara masih lagi penuh.
5) Power pumping
Power pumping ni buat 3 kali sahaja seminggu. Waktu paling baik buat power pumping ialah awal pagi. Selepas kita solat tahajud kan, lepas tu buatlah.
Kalau anak nak menyusu masa tu, bagi sahaja dan sambung power pumping.
6) Pam 3 jam sekali di pejabat
Bila dekat rumah dah buat semua cara di atas, di pejabat pun kenalah pam ye. Buat jadual. Dan tunjuk pada bos. Untuk elak bos tercari-cari pulak masa kita pergi pam tu.
7) Ambil makanan tambahan
Bila kita dah amalkan dari no 1 ke no 6, barulah kita ambik makanan tambahan.
Makanan tambahan ni kena ambik sebab untuk memenuhi nutrisi dalam badan kita. Kalau badan tak cukup nutrisi macam mana kita nak hasilkan susu yang berkualiti.
Makanan tambahan yang saya cadangkan ialah dari keluaran Shaklee. Seperti Omega Guard, Vitamin C, Alfalfa, ESP Shaklee, Ostematrix, B Complex dan Vitalea.
Kesemuanya membantu ibu menghasilkan susu yang berkualiti dan banyak.
Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada ibu semua.
Pengedar Shaklee Anda,
Haniza0135131481
1 comments
saya susu badan baby sepenunya sungguh banyak cabaran.tak ambil bahan lain kecuali makan minum macam biasa dan banyakkan minuj air kosng atau makan kurma sudah cukup alhamdulillah bbt tak meragam
ReplyDelete