Teknik semasa Meneran

14:52


Pernafasan dapat membantu semasa meneran. Terdapat beberapa teknik yang betul yang perlu digunakan oleh si mak. Semasa situasi meneran anda berkemungkinan berasa tertekan dan takut dan pernafasan menjadi bercelaru.

boleh baca di sini kalau anda inginkan SET BERPANTANG SHAKLEE ^_^


Biasa kalau masa dah nak meneran, nurse atau doktor akan ajar or suruh kita pushhh pusshhh pushhh betul x??? Sy dulu doktor or nurse xde ajar pun hua hua hua.... mula-mula tu sy search kat tenet sendiri di samping tips mak sy, masa push jangan angkat punggung tinggi sangat, takut koyak banyak... semua tips sy bc, tapi sy ade masalah sikitlah sebab sy kurang tenaga. Bayangkan selama 1 hari lebih sy berada di wad sebab air ketuban pecah dan malam esoknya baru la lahir... ni pengalaman sy, boleh bc disini


Sebenarnya ada cara meneran yang betul, yang boleh di amalkan semasa awal kehamilan. Antara tekniknya:


  • Pernafasan
Ha...pernafasan ni sangattt lah penting. Bukan sahaja penting masa kita dok dok saja ni, tapi penting jugak masa nak meneran nanti ^_^ tapi untuk ibu yang nak meneran ni, ada teknik-teknik yang perlu di praktikkan, bukan main hentam jer...

Ha bagaimana nak buat latihan tu???


Caranya... tarik nafas sepanjang mungkin, kemudian cuba lah tahan nafas. Bukan senang jugak seorang ibu tu nak tahan nafas, jadi permulaannya, dalam minit yang kurang dan apabila teknik kita dah stabil, lakukan minit yang panjang pulak. 

Ingat ye, masa meneran tu, lakukan pada masa yang betul, janganlah baby dok steady lagi kat dalam dalam hanya beberapa cm terbuka kita dah standby nak teran. Akan ada masanya untuk teran, rasa nak meneran tu, rasanya sama macam rasa nak poo kih3...dulu sy siap terpoo kat atas katil, nurse x kan marah, asalkan kita x pegi sesuka poo kat toilet masa tu, memang nurse marah la. 

Amaran dari saya ye: Jangan mencuri ketika meneran ^_^  ini kerana kepala baby akan masuk kembali ke dalam. Hati-hati ye.



  • Posisi / kedudukan badan
Caranya, baring dalam posisi yang terkangkang. Jangan kemut pulak. Nanti baby x nak keluar, kan susah. Tapi tunggu arahan doktor dan nurse. Jangan pulak kita terlebih advance dari doktor. 

Biasanya, nurse akan tinggikan sedikit badan kita. Mak saya punya cara dan saya praktikkan masa anak pertama. Masa dan nak meneran tu, luaskan kangkanganmu hehe.. masa tu dah xde rasa malu, lepas dah mengangkang, pegang pergelangangan kaki. Kiri dan kanan. Lepas tu punggung kita ni, jangan naik tinggi sangat, nanti habislah kena jahit banyak.

Masa nilah, teknik pernafasan yang kita praktikkan tu perlu di ujiankan. Ha... chayokkk la masa ni... tarik nafas panjang dan hembus panjang. Jangan berbunyi sebab kalau berbunyi rugi tenaga kita.

Pentingnya... kepala rapat kat dagu, betul-betul rapat dan punggung rileks kan dalam keadaan yang tetap dan jangan angkat tinggi. ok kan???

  • Tenaga
Kalau dah rasa nak bersalin, boleh la pegi mandi manda. Mandi dengan air suam-suam sangat membantu ^_^

Mulalah start minum susu ke, milo ke...supaya kita bertenaga untuk berjuang lepas tu. Sebab bila kontraksi mula-mula  lama, lepas tu kejap-kejap ha akan menyebabkan kita x lalu makan dan habis tenaga. Jadi make sure kita ada tenaga dan kenyang. 

Ha... untuk pengetahuan, bila dah 5cm doktor x kan bagi kita makan dah. Jangan harap. Nurse akan bagi kita minum jer.. Ini di sebabkan oleh doktor takut baby poo dalam perut. Kalau poo sahaja x pela, kalau termakan najis dia, lagi kesian.


  • Perlindungan Diri
Ok bagi Islam, amalkan doa nabi Yunus semasa berada di dalam perut ikan paus. 

La... ila ha ilaa anta, subhanaka inni... kuntum minazzolimin....

Surah 3 Qul dan surah Al-Insyirah

Namun begitu, bagi yang bukan islam, bolehlah berdoa mengikut kepercayaan masing-masing.

Kesan daripada berdoa, kita akan rasa lebih tenang menghadapinya.


  • Menjalinkan kemaafan sesama keluarga dan rakan-rakan
Bermaaf-maafan ini amat lah penting. bunyi macam simple kan, tapi ia sangatlah penting supaya kita sentiasa tenang. Xde lah rasa, ohhh sy lupa nak mintak maaf kat si polan-polan...

Mintak orang tu doakan kita di permudahkan masa nak bersalin. Mudah kan???


Sakit masa contraction macam mana???

Sakit masa contraction ni susah jugak nak cakap. Sebab memang betul-betul sakit. Sampaikan sy berpeluh-peluh masa contraction. Namun begitu, kuasa Allah, bila baby tu meluncur keluar... Sakit serta merta hilang dan kita lupa sakitnya macammana. Sampai kita rasa fuhhhh........

Bila baby keluar kita dapat rasa satu perasaan yang x boleh di rasa oleh orang lain. Kesyukuran dan seronok yang x boleh di rasai oleh orang lain.


Proses nak bersalin ni, memang memeritkan tapi ada kemanisan. Sebab tu orang yang dah bersalin nak bersalin lagi. Sebab sakit yang teruk hanya sekali tu jer. Kita ni x boleh lah cakap sakitnya sakitnya... istigfarlah banyak-banyak. Allah akan membantu kita. 

Allah juga Maha Adil, Allah akan lupakan kita dengan sakit tu. Maknanya kita pun dah lupa macam mana sakit tadi. Bila orang tanya, macam mana sakit tu??? Mesti kita akan blur blur nak jawab. Kuasa Allah....


Eh jangan lupa... kalau dah 7 bulan nak masuk 8 bulan, dah boleh bersalin tau... ha silalah paking barang-barang keperluan kita untuk di bawak ke hospital. Bag tu, letak jer dalam kereta, x payah bawak keluar dah ye ^_^


Kalau nak cuba Set Hamil, boleh click sini 

Hubungi saya kalau ada sebarang pertanyaan  ^_^

luvbf
iRHaniza
0135131481
umiadamfaris@gmail.com


You Might Also Like

0 comments