Tips Ajar Anak Menyusu Botol

15:34


Salam semua nya ^_^ sihat x hari ini??? 

Pening kepala ibu-ibu yang dah nak mula keje lepas habis pantang. Mesti rasa susah hati sebab x tau nak ajar baby isap susu botol kan. Aippp... ni bukan bermakna kita ibu-ibu ni suruh baby isap susu formula tau.

Mesti ibu-ibu dah perah susu kan masa pantang? Kalau dah perah, baguslah. Jadi xde lah kelam kabut bila dah nak start keje. Cuma mesti terfikir kan macam mana nak ajar susu botol? 

Masa yang sangat sesuai mengajar baby kita isap puting botol ialah, sewaktu 4 atau 2 minggu sebelum kita naik kerja.  4 atau 2 minggu tu bukan setiap hari bagi tapi 2 hari sekali jer.

Pernah masa sy pergi ambil anak saya si Adam, pengasuh terima baby baru pagi tu. Belum habis pantang. Alasan maknya hantar ke rumah pengasuh awal, kononnya takut babynya x biasa di tinggal dan takut nanti si ibu rindu dan x boleh bekerja. Baby ni di hantar setelah sebulan setengah. Jadi setengah bulan dah duduk rumah pengasuh. 

Sy perhatikan baby ni, x pandai langsung isap botol susu. Dan akan menangis semahunya. Kesiannya. Sayu hati ni melihat baby tu menangis. Menangis biasa-biasa xpela jugak ni sampai terketar-ketar badan. Kesian, dia lapar tapi x pandai menyusu. Sy tanya pengasuh, rupanya ibu nya memang x ajar susu botol, hanya bagi direct sebelum hantar. Kesiannya. Ibu-ibu kesianlah kat anak kita dan pengasuh yang menolong menjaga baby kita.

Di sini sy nak kongsikan beberapa tips untuk kawan-kawan yang bakal bekerja tidak lama lagi.

  1. Mintak tolong suami, mak, mak mertua, atau suami untuk bagi susu botol
Sebenarnya sangatlah senang nak bagi susu botol ni. tapi kena praktikkan ye. Mintaklah tolong suami, mak, mak metua atau adik beradik yang lain untuk bagi susu botol. Caranya kita perah siap-siap susu tu dan masukkan dalam botol. 

Kita jangan gatal-gatal bagi. Sebab baby ni boleh cam bau maknya. Silap-silap dia terus sua mulut ke puting kita pulak. 

     2.   Mulakan dengan perahan susu segar.

Tahu x susu segar yang mana? Yang fresh baru di perah. Sebab masa ni baby baru nak kenal botol, jadi bagi yang fresh dulu dari bagi yang freeze. Perbezaan susu segar dengan susu freeze ni dari segi kesegaran, bau dan rasanya tidak sama.

    3. Alternatif bagi susu:


  • Bagi baby dengan menggunakan sudu
  • bagi baby dengan menggunakan cawan
  • Bagi susu dengan menggunakan picagari. 

Mudah je kan???

Kalau ibu-ibu kurang susu, cubalah SET MENYUSU OPTIMUM SHAKLEE

Hubungi sy utk maklumat lanjut.

#luvbf
#iRHaniza
0135131481



You Might Also Like

0 comments