Tips mudah melahirkan anak

23:52


Banyak cara boleh di amalkan ibu yang hamil di akhir-akhir kehamilannya. Antaranya ialah:


  • Guna teknik hypnobirthing sepanjang kehamilan iaitu dengan cara berbual dengan bayi dan diri sendiri agar mudah melahikan.
  • Bagi suami, maafkanlah semua dosa isteri dan doakanlah kelahiran di permudahkan
  • Banyakkan membuat kerja rumah seperti memasak, mencuci baju, kemas rumah, pendek kata janganlah asyik rehat dan tidur sahaja. Lebih banyak pergerakan lebih mudah kelahiran. Dan berehatlah jika rasa diri sudah penat dan tidak berkemampuan.
  • Banyakkan berjalan di saat akhir kehamilan. Contohnya, ajaklah suami berjalan-jalan di taman atau di pasaraya besar seperti Tesco atau Jusco. Banyak pergerakan membolehkan kontraksi berlaku.
  • Bersetubuhlah dengan suami dengan lebih kerap.
  • Sentiasa baca al-Quran dan ayat Kursi di setiap pergerakan kita. Contohnya keluar rumah, sapu sampah. Sentiasalah juga beristighfar memohon keampunan Allah.
  • Buang air kecil sekerap yang mungkin. Ini kerana kepala baby mudah keluar jika pundi kencing tidak penuh.
  • Kerapkan berjalan itik. Iaitu bercangkung. Atau cucilah bilik air. Cara ini boleh memudahkan kelahiran bayi. 
  • Latih diri untuk bernafas panjang dan hembus. dengan menggunakan teknik re----laks...

Banyak cara yang boleh kita lakukan sebenarnya. Sama ada kita takut atau was-was dengan cara itu. Sebenarnya kita yang tentukan cara bagaimana untuk lahirkan anak kita. Selebihnya kita serahkan kepada Yang Maha Esa, kerana dia lah yang berhak memudahkan kita.


Wallahualam....


Haniza
ID 1065866
0135131481

You Might Also Like

0 comments