Pengenalan Diri Sy

10:22


Saya masuk cabaran 30 hari hehehehe...hebat x???

Ok cabaran pertama adalah kenalkan diri dulu ye...

Nama sy Nurhanizawani binti Ramli. Sy berumur 27 tahun. Dulu sy belajar di Universiti Malaysia Terengganu. Jurusan Pengurusan Maritim. Macam-macam sy lalui masa kat universiti termasuklah ikat perut sebab duit kurang. Saya jugak mengambil upah menjual nasi lemak. Sebungkus nasi lemak 20 sen sy dapat. Penat....sebab kena naik turun kolej kediaman. Mana ada lift pun.


Ni la gambar masa Grade tu...


Saya berkahwin dengan suami tercinta Che Faris Bin Che Wahid. Bertemu & bercinta sejak di universiti. Cinta pandang pertama. Suami saya ni senior saya. Masa mula-mula jumpa, masa kat orientasi coz..

Begini, masa mula-mula jumpa, saya tengah duduk berkumpulan. Kawan saya Yaya kat depan sy. Belakang Yaya ada seorang mamat hansem. Perghhh siap ada janggut lagi hehe macam ustaz-ustaz la masa tu sy nampak dia.

Saya pun sms kawan sy tu, Ya, ada abg hansem kat belakang ko. Yaya pun tanya, mana2...Tiba-tiba masa bahagi kumpulan tu, abg tu pulak yg jadi Fasi sy, lagilah syok...hehehe...

Tapi suami sy ni sombong sikit sy tengok. Sebab lepas jer Orientasi tu, dia bt derk jer ngan sy. Tapi sy no hal pon, sbb kelas berjalan macam biasa jer kalau dia sombong or x...Sy buat x tahu jer...

Macam-macam berlaku sepanjang sy belajar. Termasuklah sy pergi ke kelas pakai tongkat. Masa kaki ni bengkak ada ke patut kawan-kawan sy ckp sy eksiden ngan suami sy??? Manusia suka menuduhkan. Padahal kaki sy bengkak sebab sy terlampau extreme main sukan.

Masa tu sy main sukan ape ek? Sebenarnya sy pun xsedar sy punya kaki bengkak, sampailah sy bukak kasut tengok2 kaki yang lurus tu menjadi herot. Paham x?? Hehe...Memang xdok diam sy. Ada jer sukan, sy masuk. Lagipun sy ni ada jawatan dalam kelab.

Ha...masa sy pergi buat Research pasal Sekayu iaitu tempat air terjun kat Terengganu, sy pernah di tumpangi oleh bendah halus. Waktu sy pergi, sy dh x sihat. Sy paksa diri sy jgak untuk pergi. Tangan sy ade masalah sikit sampai la sekarang. Sebab pernah geliat, silap sikit jadi la sakit tangan tu. Sakit waktu tu blah kanan.

Kat Sekayu ni, ikan dia, pergggghhhh...banyak gila...memang banyak la...gila-gila punya banyak. Kalau kita masuk terus ikan sambar kaki. Hebat kan??? Saya ni terlebih excited. Saya pandai berenang, masa sy berenang dekat tempat dalam, tetiba kaki saya macam di tarik ke bawah. Saya cepat-cepat berenang naik ke atas. Masa tu berdebar betul.

Bila naik ke atas, tangan sy yang sakit tu tetiba berat. Saya ambil tuala dan balut tangan saya. Saya xfikir ape lagi dah, sy ingat jadi macam tu sbb air sejuk tu buat tangan jd macam tu. Bukan sahaja berat malah sakit.

Hari minggu mak suruh pergi rumah mak cik kat Kelantan. Mak ckp try urut. Saya pun ikut jer. Naik bas dan mak cik ambik sy kt station. Petang tu jugak terus pergi ke tukang urut.

Rumah tukang urut tu, rumah papan, kecik molek jer rumah tu. Sy tengok nenenk tu dah tua, dah badan dia dah bengkok & bongkok, kurus dan cengkung. Scary jugak. Tapi ada mak cik rilek jerla...

Masa nenek tu usap tangan sy, dia ckp "ooo panas lagi..." Dia pon g belakang pasang paip air & bukak pintu belakang. Sy pandang mak cik, dia pandang sy...Sy buat isyarat mata tanya kenapa??? Xde ape...dok diam2.. Ok sy pun.

Masa tu nenek tu dtg balik kat sy, dia usap tangan sy...pelan pelan pelan dan tetiba laju gila usap dan....dia bangun dan bersilat. Scary seh...boleh bayang x org tua yg nampak uzur tetiba bole kuat & gagah macam tu?

Sy dah takut. Nenek tu bersilat dan terus g belakang rumah dia. Cuci muka dan tangan dia. Bila keadaan dah tenang dia datang kat sy dan mak cik, sebenarnya, ada benda dok kat tangan tu. Baru jer lagi. Panas lagi. Dia tanya gi mana? Suko sangat kot. Xpolah, molek doh tu. Masa tulah berdebor huhuhu....

Kuar dari umah tu, terus rasa lenguh-lenguh. Mak cik cakap mungkin sebab dah duduk kat tangan tu lenguhla sikit.. Bagitahu mak, mak cakap len kali kalau pergi, jangan suka sangat. Yelah...kali kedua sy pergi ke Sekayu, takut jugak, tapi biar jela.

Sekayu tu, ada ramai orang meninggal. Lemas...Tak ingatlah pulak berapa ramai. Oklah stop!!!Hehe

Ha...ni la Che Faris sy!!!

ni la HERO sy....
hansem x???
hansem kan???ni masa Honeymoon kat cameron...

Masa sy mengandung sulung, sy memang sukaaaaaaaa pergi melancong. Kat Cameron lah, Melaka lah...Muar lah...Port Dickson lahh... Tanpa rasa penat, sy berjalan dengan suami. Suami lak lenguh kaki, sy pulak rileks & wat derk je berjalan.

Masa g Cameron, ni lah gambar sy...

berjalan di cameron...
Perut dah bulat masa ni. Tapi rileks jer dok bwk...

Owhh lupa nak cakap...sy sah bernikah dengan suami pada 10hb 3 2012. Akad nikah buat kat umah. Yop or abg sulung yang akad. Wow...masa tu ramai gila orang kat rumah....penuh rumah hehe... Gila glamer la pengantin masa tu flash sana sini hehe...

Gambar kawin kat teganu... @[100003953628434:2048:Nurin Aleesya] Pak lang posing maut kat belakang hehe


Ni adam kesayangan saya dan suami....

Dah kawin mesti ada baby kan? Macam tulah sy... Beberapa bulan lepas tu di sahkan mengandung. Mula2 buat test sendirik...kebetulan ade adik sy Hanim  kt umah...melompat-lompat seronok. Pastu dptkan pengesahan doktor dengan adik kat klinik panel opis. masa tu Suhaila my kazen pon ade...

korean boy...was born on 2/3/2013....
Korean boy was born on 2/3/2013
Nama:Che Adam Danial bin Che Faris
berat 3.6kg

ni la putera hati sy dan suami...kdg2 geram nk cubit2...


Ok stop dulu ek...

Kalau ada nak order set berpantang ke, set menyusu ke...pm la sy..kt fb mahu pun sms/cll

Mudah sahaja,
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID: 1065866

FB: Haniza Hani / Hots Suppliment Umi Adam
Mail :
umiadamfaris@gmail.com
call/sms 013-5131481 / 017-9119260

You Might Also Like

0 comments