Cara Yang Betul Mencuci Muka Agar Semua Whitehead Dan Blackhead Hilang

12:13


Assalamualaikum semua!!!

Semoga semuanya di murahkan rezeki hari ni.


Semalam saya ada ceritakan cara nak hilangkan jerawat kan... hari ini saya nak kongsikan cara untuk mencuci muka. Supaya whitehead dan blackhead.


Saya ni bukannya jenis orang yang suka mencuci muka. Kalau bujang dulu memang ya. Saya memang suka mencuci muka. Tapi bila dah ada anak ni semuanya nak cepat-cepat. Nak-nak saya dah jadi suri rumah... Masa mandi pun rasa dok dengar anak menangis, padahal anak dok syok tengok katun.




pencuci muka shaklee ---- Gentle Deep Foaming Cleanser




Saya pernah guna 1 jenama dulu. Tapi pencuci tu hanya mencerahkan kulit, whitehead dan blackhead saya tak hilang dan tak tertanggal pun. Dok ada macam tu jugak.

Akhirnya saya rasa saya kena cuba pencuci muka shaklee ni. Lagi pun sebelum ni punya pencuci muka di perbuat dari lemak haiwan, tapi pencuci muka shaklee ni di perbuat dari tumbuh-tumbuhan.

Mari saya kongsikan cara nak mencuci muka dengan betul dulu sebelum saya ceritakan pasal pencuci muka ini.


Cara yang betul mencuci muka


Cari pencuci muka yang sesuai dengan kulit wajah.

Seperti yang saya ceritakan pasal pencuci muka tadi, pencuci muka shaklee tu memang sangat sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. 

Tak kira kulit anda macam mana, sama ada kulit berminyak ke, kulit kusam ke, berjerawat dan berjeragat ke atau apa-apa sahaja jenis kulit. Semua boleh! 

Pilihlah Gentle Deep Foaming Cleanser!

Step by step ye....




1)  Bermula mencuci dari bawah. Mulakan dari bawah di bahagian dagu, secara bulatan ke dalam naik keatas sisi kanan dan kiri. Bawa cucian ke arah cuping telinga.

2)  Angkat jari, bawa jari ke ruang antara mulut dan hidung. Masih secara bulatan ke dalam. bawa cucian ke bawah mulut dan tarik bulatan ke dalam. dan bawa ke cuping telinga. 

3)  Dari sisi tepi hidung, dengan secara bulatan ke dalam, bawa cucian di kawasan pipi menghala ke tepi kepala.

4)  Urut zon bawah mata secara bulatan sambil membawa ke sisi kepala

5)  Cuci zon T pada hidung bermula dari sisi celah hidung bawak ke cucian tenga.

6)  Sambung membawa mencuci di zon T hidung dengan menggunakan 2 jari. Bawak cucian ke sisi kanan dan kiri atas kening sampai ke sisi kepala.

7)  Cucian atas dahi ada 2 cara sama ada silangkan jari kanan dan kiri atau buat bulatan ke dalam dan bawak ia melintang ke sisi kanan dan kiri

8)  Bilas muka dengan air suam dulu. Kemudian baru di ikuti dengan air biasa.


Tips penting yang anda kena tahu pasal mencuci muka


  • Cuci muka cukuplah 2 kali sehari sahaja. Iaitu seawal pagi dan sebelum tidur
  • Gunakan 2 jari sahaja iaitu jari manis dan jari tengah sahaja semasa mencuci muka
  • Bersihkan solekan dahulu sebelum mencuci. Boleh bersihkan dengan makeup remover shaklee
  • Sentiasalah mencuci muka dari bawah ke atas .


Saya syorkan anda gunalan pencuci muka yang sesuai untuk semua jenis kulit. Seperti Gentle Deep Foaming Cleanser atau pencuci muka shaklee ini.

Saya ajak anda menggunakannya supaya anda dapat rasai kelebihannya.

Kelebihan pencuci muka shaklee

  • Menghilangkan jeragat, blackhead dan whitehead, jerawat
  • Menghilangkan kulit kusam
  • Menjadikan kulit kita lebih segar dan bersih
  • Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan
  • Alga hijau menyahtoksinkan dan melembapkan kulit
  • Strawberi begonia mencerah dan mengimbangi pigmen
  • Memberi cucian yang lembut dan menyegarkan serta tidak menghakis dan mengelupas kulit.

Jika anda sudah memiliki pencuci muka ini, anda jangan terkejut jika saiznya sangatlah besar dan gemuk. saiznya 150ml. dan sangat berbaloi-baloi. Guna sedikit sahaja. Buihnya sangatlah banyak! Suka la tu!!

Rasa sangat segar dan nyaman sebaik sahaja mencuci muka dengan Gentle Deep Foaming Cleanser. Terasa sangat kulit jadi licin dan lembut. Pencuci muka ni tak de lah bau wangi macam pencuci muka lain sebab ianya bebas dari bahan kimia dan bahan sintetik yang bahaya tu. Memang selamatlah untuk kulit muka kita ni.

Kalau anda baru nak berjinak-jinak dengan pencuci muka atau pencuci muka anda dah tak work for you, saya sarankan anda miliki pencuci muka jenama shaklee ini. 

Harga pencuci muka ni cuma RM129.00 sahaja.

Ya Allah sangatlah berbaloi!!! ruginya tak grab! dahlah tahan sampai dekat 9 bulan!!!!!! try kira harga pencuci muka sekarang darab 9 bulan..



Okay lah.. sampai sini dulu... semoga bermanfaat untuk semua


Pengedar Shaklee Klang


Haniza

0135131481

ID: 1065866



You Might Also Like

1 comments