Kelebihan Membaca Ma'thurat Pagi Dan Petang

08:33


Assalamualaikum dan selamat sejahtera...


Hari ini saya nak kongsikan sedikit mengenai kelebihan membaca Ma'thurat pagi dan petang.





Kelebihan membaca Al-Ma'thurat


1)   Al-Ma'thurat dimulai dengan ucapan "Aku bermohon perlindungan Allah, Maha Mendengar, Maha Mengetahui dari gangguan syaitan yang direjam", mengandungu erti bahawa setiap jiwa kita sebelum melakukan aktiviti harus menyerahkan diri kepada-NYA. Ucapan ini juga menunjukkan betapa besarnya harapan seorang hamba kepada Allah.

Dari Annas r.a. Rasulullah SAW bersabda bermaksud, 

Siapa yang mengucapkan di waktu agi ucapan:

      A U ZUBILLAHISSAMI IL ALIM, MINASSYAITO NIRROJIM...

"Maka ia dilindungi dari gangguan sayitan yang direjam hingga ke petang"



2)     Bacaan al-fatihah dalam zikir Ma'thurat meung. Merupakan bacaan yang agung. Mengandungi pahala yang besar jika membaca dan menghayatinya. Rasulullah bersabda maksudna: 

"Demi Allah yang nyawaku ditanganNYA belum ada surah yang diturunkan di dalam Taurat, Injil, Zabur atau Furqan yang menandinginya. Dialah tujuh Mithani dan Quran yang aikan agung yang diberikan kepadaku.



3)    Membaca surah Al-Baqarah dalam zikir Ma'thurat juga memperoleh pahala yang besar. Dari Ibnu Mas'ud, Rasululah SAW bersabda:

"Sesiapa membaca sepuluh ayat dai surah al-Baqarah di awal siang nescaya ia tidak di dekati oleh syaitan sampai petang, jika dibaca waktu malam escaya syaitan tidak akan mendekatinya sampai ke pagi. Tidak akan dilihatnya apa-apa yang buruk menimpa keluarganya atau hartanya."



4)    Membaca ayat kursi juga terhindar daripada gangguan syaitan. Dari Ibnu Mas'ud sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:

" Sesiapa yang membaca sepuluh ayat, ayat-ayat surah Al-Baqarah, ayat Kursi, dua ayat selepasnya dan hujung surah al-Baqarah nescaya syaitan tidak akan masuk kedalam rumahnya sampai pagi."




Begitulah semua bacaan dan zikir yang terkandung dalam zikir Ma'thurat terdapat beberapa keutamaan yang dijanjikan oleh Allah SWT terhadap utusanNYA NABI Muhammad SAW. Hanya insan yang mengetahui betapa besarnya nilai doa dalam kehidupan jiwa yang ingin menghayatinya dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari. 

Semoga umat Islam semuanya mendapat keredhaan Allah dalam mencari kebenaran di dunia ini.




Pengedar Shaklee Anda,
Haniza
0135131481

You Might Also Like

1 comments

  1. Terima kasih berikan saya kesedaran... Rasanya ramai yang dah tak amalkan perkara ni... semakin jauh semakin terlupa.. jika tiada yang memperingati...

    ReplyDelete