Kek Istimewa Buat Si Teruna

00:32

Entry yang ni dah buat separuh. Tak siap-siap dari semalam.

Ini kek kedua saya buat sendiri. Maksudnya yang saya tak guna tepung siap.

Adam dari pagi sampai petang tanya bila nak buat kek dia.. Huhu Umi pon cari Lah resepinya.







Resepi kek coklat kukus special


Bahan 1
1 tin susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak

Bahan 2 
4 biji telur
1 sudu esen vanilla

Bahan 3 
11/2 tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu baking powder
1 sudu soda bikarbonat 

Caranya:
1)Masukkan bahan 1 kedalam periuk dan masak sampai sebati. Sejukkan.

2)Pukul bahan 2. pukul sampai berbuih.

3) satukan bahan 3. Ayakkan.

4) Bila dah pukul telur. Masukkan bahan A kedalam mangkuk telur yang dah dipukul. sebatikan. Masukkan bahan 3 sedikit demi sedikit. Macau untuk sebatikan lagi.

Dah sebati semuanya. Masukkan dalam Loyang yang dah disapukan minyak.

Panaskan periuk kukus. Pastikan air mendidih dulu. Balut penutup periuk dengan kain.

Kukus selama 1 jam.

Dah masak sejukkan.

Topping:

1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu majerin
1 sudu seen vanila

Masukkan dalam periuk kacau perlahan dengan api perlahan. Siap. Tunggu sejuk jap. 

Pastu siram atas kek tadi.

Siap! Makan dengan nikmatnya.





Pengedar Shaklee Anda,
Haniza
0135131481

You Might Also Like

4 comments

  1. tu dia..anak dah bagi signal best..mesti sedap tu

    ReplyDelete
  2. Perghhh... Mesti licin kena kebas ni..hehe

    ReplyDelete
  3. budak2 memang suka sangat mkan kek..

    ReplyDelete
  4. Seronok dapat kek hasil air tangan ibu. :)

    ReplyDelete