Resepi Ikan Sardin Tin Yang Sangat Sedap

10:56


Ha... sahur ni hari ini makan apa?


Dah ada ke menunya?


Saya kongsikan dengan anda semua resepi ikan sardin tin yang sangat mudah untuk di sediakan



Resepi Ikan Sardin Tin


Bahan-bahannya:

  • 1 tin ikan sardin saiz sedang
  • ubi kentang 3 biji - dibuang kulit dan di potong 4
  • bawang kecil dan bawang puteh - di cincang
  • asam jawa - di ramas dalam air dan di ambil airnya.
  • minyak - untuk menumis
  • garam - secukup rasa


Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dalam periuk. Bila dah panas, masukkan bawang kecil dan bawang puteh yang telah di cincang. 
  2. Bila dah naik bau, masukkan kuah ikan sardin tin sahaja ke dalam periuk.
  3. Masukkan ubi kentang dan masukkan air asam jawa. 
  4. Tunggu ubi empuk. 
  5. Bila ubi dah empuk, terus masukkan garam dan isi ikan sardin tin. 
  6. Rasa dan hidang.


Selamat mencuba!





You Might Also Like

0 comments