Kesibukan Mengumpul Harta Untuk Hari Tua
06:31Orang Muda Sibuk Kumpul Harta Untuk Bayar Penyakit Di Hari Tua
Orang kata masa muda kita takda duit tapi banyak tenaga. Jadi, masa muda2 ni tak fikir benda lain, nak bekerja saja kumpul harta.
Tapi kadang kadang kita terlalu kerja kuat sangat, sampai diri sendiri merana.
Sekarang mungkin tak rasalah, dah semangat sangat nak bekerja saja. Tapi, bila dah tua sek sok, barulah. Duit banyak tapi berpenyakit.
Adakah kita kumpul duit masa muda untuk bayar penyakit bila dah tua?
Alang2 ada duit, apa kata invest sikit untuk kesihatan.
1. Makanan seimbang tidak semestinya mahal. Beli bahan mentah & masak sendiri. Benda2 tambahan macam penambah rasa, penambah warna tu tak perlu lah. Dah jimat kan?
2. Amalkan senaman. Tak perlu bayar gym pun. Cukuplah bawa anak2 bini jalan2 keliling rumah pun dah ok.
3. Belajar kawal stress. Cari cara untuk bertenang. Salah 1 caranya ialah amalan rohani. Ramai orang overseas bunuh diri sebab stress tau. Bila dorang buat kajian, kehidupan takda agama yang jauh dari Tuhan menyebabkan dorang ambik keputusan untuk mengakhiri hidup..
Stress mungkin punca paling banyak masalah kesihatan. Sebab stress boleh lemahkan sistem imun. Kalau perasan, bila banyak stress, masa tu lah selsema, jerawat.
Tu baru simple2. Penyakit kronik macam darah tinggi, kencing manis, obesiti & kanser pun ada kaitan dengan stress.
Salah 1 cara lagi, ialah dekatkan diri dengan alam. Tanam pokok, selalu ke taman, sungai ke pantai ialah cara untuk release stress.
Sekarang ni bukan je banyak penyakit2 kronik silent killer, penyakit mental pun banyak disebabkan gaya hidup yang terlalu sibuk dan stress. Seram dengar banyak kejadian jenayah tapi pelakunya tak boleh dihukum sebab masalah mental.
Jadi, luangkan sedikit wang & masa untuk jalani hidup yang lebih sihat.
Ingatlah kita ada ahli keluarga, ada anak2, ada ibu bapa. Bagaimana kita nak jadi penting dalam hidup mereka, kita boleh pilih sekarang.
0 comments