Resepi Sarapan Pagi Yang Sihat Dan Mudah

10:44


Assalamualaikum...

Dah sarapan ke pagi ni?

Setiap pagi, kena bangun awal untuk siapkan sarapan, boleh tak saya tak nak siapkan kali ni? Boleh tak saya nak duduk rehat dan tidur sebaik sahaja lepas subuh. Boleh ke?



Bagi saya, kalau dah bersuami tak kan kita nak biarkan suami kita tak makan sarapan pagi? Kesianlah pergi kerja dengan perut kosong. Kalau saya tak sanggup. Bagi saya biarlah perut suami terisi sikit.


Nak dengar cerita lawak pagi ni???

Hari ni saya terlewat bangun subuh kui kui kui kantoi!!! dah terlewat, ada pulak prospek mintak saya dm harga set kecantikkan, harga esp dan harga set detox. Pagi ni lepas subuh melayan lah prospek
sekejap.





Elok suami dah siap mandi baru saya teringat, baju hari ini tak gosok lagi. Kelam kabut gosok pulak. Hehe suami pergi kerja pakai baju pink hehe. Suami geleng kepala tengok saya.

Lepas tengok suami sisip rambut dia... rambut baru tu, minggu ni dia buat. Katanya nak rambut macam Ariel Zafril ala pelakon tu... cewahhh... nasib handsome jugak rambut gitu hehe...

Saya terlupa yang sarapan belum disediakan!!! Alamak!!

Suami geleng kepala lagi. Saya cakap ok, ada sikit nasi ni. Boleh buat nasi goreng. Nasi semalam, tak habis. Tapi saya lupa nak letak dalam peti. Sebab rumah banyak semut haha. Tapi bila check balik, semut tak de, okay lah. Tapi saya belum rasa nasi itu.

Terus goreng ikan bilis, bawang dan masukkan sambal untuk goreng nasik. Okay bila semuanya dah sebati, tiba masanya nak masukkan nasik...

Ramas lah nasi tu.. sekali lembik! belum berbau tapi bila rasa alamak!!! Dah basi! Adoiii jenuhlah memikir apa nak masak sarapan ni????

5 minit berlalu... nak buat cucur ikan bilis lah. tapi elok nak buat suami dah keluar bilik, maknanya dia dah siap-siap nak ke pejabat. Alamakkk mana sempat ni???

Terus cakap kat suami...

" b... nak goreng nasi tapi, nasi basi la pulak!!"
"emm... tak pe lah b terus pergi office."

Time ni memang saya tak boleh tahan perasaan!

Saya mesti buat sesuatu supaya suami saya tak lapar sepanjang perjalanan ke pejabat. Jauh jugak pejabat suami, kat Sri Hartamas.. Kat sejam. Tu pon nasiblah suami lalu ikut NKVE. Dengan motor. Dari Sijangkang ni.

Terus capai shaker, ESP 2 sudu dan air. Shake-shake jer... sambil tu saya masak air untuk buat milo. Memang tiap hari pun suami bawak air panas ke pejabat. Kalau pejabat sebelum ni, siap bekal tengah hari dan kudap-kudap untuk ke pejabat. Tapi kali ni pejabat suami renovate. Pantry pon belum siap.

Sambil dok shake-shake terus berjalan kat suami. Lepas tu hulurkan ESP yang saya dah buat tadi. Suami minum jer... Tengok suami minum 10 saat macam tu, terus pergi siapkan milo panas suami. Buat dalam termos. Termos tu dapat cenderahati majlis company tempat saya keje dulu. Dah siap bancuh terus bagi kat suami.




Suami saya memang dah lambat ke pejabat. Kalau dia lambat, sampai sana mesti terlebih lah dari jam 9 pagi. Dia masuk pejabat jam 9 pagi balik jam 5 petang.

Selepas bersalaman dan dengar nasihat suami, terus suami pergi kerja dengan lambaian dan senyuman. Berpeluhlah jugak bila semuaya jadi kelam kabut. haha


Pengajarannya... siapkan keperluan suami dulu sebelum keperluan diri hehe....


Korang pernah tak mengalami situasi macam ni? Saya rasa adalah beberapa kali saya mengalaminya. Dan suami macam biasa geleng kepala sahaja. Lepas tu dia akan bagi nasihat dan kata-kata keramat dia sebelum pergi kerja. Haha...

Sebenarnya, nak sediakan sarapan ni senang je sebenarnya. Kalau kita dah siap-siap barang untuk masak, main campak-campak je masuk kuali. Tapi kalau tak bersedia ada jugak cara paling mudah untuk sediakan sarapan.

Sarapan mudah yang saya maksudkan ialah sarapan dengan ESP Shaklee. Senang sangat. Mungkin ada yang belum tahu cara nak sediakannya. Kalau saya yang kelam kabut tadi memang saya hentam air kosong jer masa bancuh tu.

Tapi kalau anda nak tahu, ESP Shaklee ni boleh di pelbagaikan resepinya. Kalau saya sendiri saya suka letak susu, oat, kurma atau sunquid... pernah jugak buat carot susu campur esp, pernah jugak air tembikai letak esp... Tapi mesti nak lagi mudah kan? Sebab masa terhad nak sediakan. Yelah kalau bekerja lagi kelam kabut, kalau WAHM macam saya masa tu boleh di adjust hehe...

Saya kongsikan resepi sarapan mudah dengan ESP.

Resepi sarapan mudah


- resepi dengan ESP. cepat-cepat beli ESP ni dengan saya. 
- sebelum tu saya nak ingatkan... ESP ni tak boleh di campurkan dengan air panas macam kita buat milo panas tadi tu. ini kerana kena pelihara khasiatnya.
- ESP jugak boleh dibancuh dengan pelbagai minuman kegemaran kecuali KOPI, NESCAFE dan TEH. 
-Selamat mencuba!

Resepi ESP Shaklee


dah sedia???

Go!!!!

ni resepi yang paling mudah dan cepat. Letak air kosong jer... saya sekarang suka minum macam ni sahaja. cepat kan?



Bila saya mula rajin, saya akan buat ESP + SUSU FRESH + AIS. Susu fresh ni boleh jer sama ada susu biasa, susu strawbery atau susu coklat. Kalau ada susu coklat sedap sampai terangkat!!


Saya jugak suka letak milo sejuk. Kadang sekali dengan ais. Lagi sedap minum sejuk-sejuk.


boleh jugak bancuh dengan jus buah-buahan. bila blend dengan buah-buahan tu, seradak-seradak tu pun makan sekali. Bagus jugak untuk kesihatan.. jangan tapis pulak. tapi kalau anda suka tapis boleh jer..



Sedap jugak kalau bancuh dengan serbuk koko. kalau sejuk lagi best!!


 
bancuh dengan madu dan kurma rasa lah sikit manis-manis gitu. dan kalau yang suka rasanya manis-manis bolehlah try madu dan kurma.


Kalau nak rasa lagi kenyang. tapi sebenarnya minum esp ni pun dah rasa kenyang haha... boleh try esp+kurma+oat. ni milbooster tau!! 



kalau macam saya kat opis dulu, selalu kena turun site. jadi tak nak terhidrate sebab kadang berpanas dan berpeluh, jadi saya ambik PD dan ESP ni supaya saya kekal bertenaga.




Kadang-kadang kita sibuk fikir sarapan apa yang kita nak buat. Bila dah tak de idea mula lah serabut kepala. Bila tanya suami nak makan apa, jawapannya "masak aje lah ape yang ada". Geram jugak bila dia tak membantu, haha



Kebaikan ESP SHAKLEE 

Minum ESP ni banyak khasiatnya. Kadang orang malas nak minum sebab rasanya yang pure sangat rasa soya, Yelah soya esp ni kan soya sahaja tanpa campuran lain mahu pun gula.

1 canister ESP tu bersamaan dengan 30kgs kacang soya. kacang soya jugak di cuci dan di proses dengan menggunakan air. dan tanpa alkohol. Proses membuatnya jugak menggunakan suhu yang paling rendah. sebab soya tak boleh dengan suhu tinggi. Yelah nak pelihara khasiatnya.


selain kebaikan pembuatannya, ESP jugak bagus untuk tubuh badan kita.

ESP ni bukan untuk perempuan sahaja, lelaki pun kena minum ESP ni... sama-sama sihat kan bagus??


Semoga bermanfaat untuk semua.


Harga 1 canister ESP ni RM150.00, tahan 2 bulan 1/2. boleh minum sekali atau 2 kali sehari mengikut keperluan masing-masing.

Untuk dapatkan ESP Shaklee hubungi saya:

Pengedar Shaklee Anda,
Haniza
0135131481
ID: 1065866

Boleh jugak COD ~~~~~~~~~~ KAWASAN COD SAYA, KAT SINI PUN, SINI JUGAK, SINI PUN SAMA



You Might Also Like

0 comments