Meminta-Minta Biarlah Pada Allah, Bukan Manusia

11:46


Saya ada satu kisah yang saya hendak kongsikan pada petang ini. Ceritanya penuh bermakna. Bersyukur itu sangatlah penting. Dan meminta-minta itu hanya pada Allah, bukanlah manusia.

Ceritanya begini. Petang tu, di sebabkan minyak kereta dah kelip-kelip, tandanya mintak di isi lagi. Saya risau sebab kalau jalan jame, memang masaklah duduk di tepi jalan, kalau sesiapa yang pernah kerja di Pelabuhan Barat dia paham.

Jadi, saya pun buat u turn dan ke Petron. Duit masa tu ada RM26 sahaja. Jadi, saya pun isi minyak RM25. Baki di sini RM1. Okey, siap isi buat u turn lagi dan nak balik. Masa nak balik tu, tergerak hati, nak lalu ikut SKVE. Tolnya perghhh mahal babe. RM3.40.

Sampai di tol, dengan bangganya terus ke kaunter touch n go. Tetiba, tot tot tot.. Alamak!!! Okey undur dan masuk ke tunai. Dalam hati mana ada duit nak bayar???

Dalam perjalanan nak ke tol Telok Panglima Garang, cari2 duit. Okey jumpa 50 sen, jumpa lagi 20 sen dalam dompet. baru RM1.70. Lagi???

Jauh lagi tol Telok, dalam hati berfikir. Takkan aku nak terus ke Saujana Putera dan jumpa Abang Yan mintak RM2?? Takkan nak call Kak Syikin dan mintak RM2??? Tak mungkin!

Okey, cakap kat tukang jaga tol, awak saya bayar esok boleh? Duit tak bawak? Awak meh no fon saya tolong topupkan hanset awak. Boleh ke macam tu?

Jauh lagi perjalanan. Ya Allah, aku susah sekarang. Aku hamba mu yang kerdil dan hina. Tolonglah aku. Aku tak nak rasa malu bila mintak dengan Abg dan kakak Ipar ku. Tolonglah aku Ya Allah,, aku tak de duit nak bayar tol. Lagi RM1.70. Tolonglah Ya Allah.

Saya berhenti kereta, dan ke pintu belakang. Buka zip poket cooler bag susu sahaja. Terkejutnya Ya Allah. Dekat RM10. Ada RM5 sekeping dan RM1 3 keping. Nah.... Allah makbulkan orang yang dalam kesusahan

Jadi, tak payah malu dan tebal muka. :) Syukur Alhamdulillah. Saya pun tak tahu dalam poket cooler bag tu ada duit. Allah sahaja yang mengetahuinya.


Haniza
ID 1065866
0135131481

You Might Also Like

0 comments