Cara Mengatasi Perangai Malas Ibu Yang Sibuk

11:31




Salam semua,

Sibuk ke? Malasnya nak buat kerja hari ini. Korang rajin tak? Dulu saya selalu kesuntukkan masa nak buat semua kerja. Nasib baik ada suami yang bantu, dan kalau dia tak ada pengsan saya setiap hari hehe.

Bila dah kawin dan ada dua orang anak ni, saya tak ada masa nak buat benda lain. Kalau nak buat benda lain, mesti yang dah buat selalu tu di abaikan. Masa tu lah akan jadi kelam kabut.


 

Tapi, dengan bantuan suami dan jadual yang saya uruskan. Semuanya menjadi mudah-mudah sahaja.

Saya bangun seawall 4.30 pagi untuk pam susu sesi pertama :) mampu??? kah kah kah masa ni saya akan buat power pumping. Habis power pumping sejam sekarang dah pukul 5.30 pagi.

5.30 pagi saya terus sediakan sarapan untuk Adam, saya dan suami. Untuk Ammar cairkan susu sahaja sebab dia belum makan. Subuh pukul 6 pagi. Jadi berhenti solat sekejap. Sambung masak untuk makan tengah hari Adam, saya dan suami.

Suami bangun pukul 6 pagi. Solat subuh, mandi dan tukarkan pampes anak-anak. Dia gosok baju sendiri huhu... (kesian suami).

Pukul 7pagi semua kelengkapan :

Susu Ammar dalam cooler box = 4oz x 6 botol ( 1 botol di panaskan siap2)
Bag makanan Adam = Sarapan, buah, makanan tengah hari dan petang.
Bag Pakaian Adam dan Ammar pagi, petang.


Suami akan hantar anak-anak kerumah pengasuh dan saya akan terus bersiap-siap untuk ke tempat kerja.

Keluar dari pejabat memang sharp pukul 5 petang. Saya balik rumah dulu, jarak dari pejabat ke rumah 30 minit. Sampai sahaja mandi, solat dan masak nasi. pukul 6 petang akan pam sesi ke 5. Lepas pam, saya terus ambil anak kat rumah pengasuh.

Rutin di rumah seperti biasa. Sampai je rumah akan terus susukan Ammar sampai dekat sejam. Rindulah katakan. Jadi saya layan kan aje dia macam tu. Terus solat magrib dan memasak lauk pauk. Sebelum makan menyusukan Ammar dulu. Lepas tu baru boleh makan. Lepas makan saya akan menyusukan Ammar lagi.

Ammar menyusu sekejap-sekejap tapi kalau mood rindu dia datang, melekatlah kami berjam-jam sampai tertidur di buatnya.

Penat kan jadi seorang ibu?

Pukul 9 malam, pam lagi. Lepas tu terus Isyak. Kalau tertidur masa ni, saya akan jaga pukul 12 pagi pulak.

Jam 12 pagi pam lagi ^_^

Pukul 2 pagi bangun lagi pam ^_^

Lepas tu, tidur sampai 4.30 pagi dan bangun pam untuk seterusnya.


 

Masa awal-awal dulu, memang penat. Tapi bila buat benda yang sama dan ada jadual senangnya nak ikut. Dulu nak lipat baju pun malas, tapi bila dah ada jadual ni, semua kerja berjalan dengan lancar sahaja.

Pemakanan yang seimbang amatlah penting. Sebab itu saya sentiasa kekal cergas dan dapat mengatasi malas saya.

Kalau kita buat jadual, perlukan 3 hingga 5 hari untuk follow betul-betul. Lepas tu, kita dah boleh bergerak sendiri.

Pengambilan supplement jugak penting ^_^  Tapi jika amalkan supplement dan tak buat rutin harian seperti biasa, kesannya emmm biasa-biasa sahajalah.


Saya amalkan Ostematrix, Alfalfa, ESP dan Omega Guard. Sentiasa kekal cergas dan cerdas.


Kalau nak bertenaga dan hilangkan sifat malas, hubungi saya ye ^_^



Haniza
ID 1065866
0135131481




 
Jom layan video ni. Mak cik ni, dia selalu pancit lepas travel. Tapi....

You Might Also Like

0 comments