Cara Untuk Banyakkan Susu Badan Semasa Berpantang

01:59

Ibu yang sihat dapat menjamin anaknya sihat juga. Masa saya menyusukan Adam dulu, kadang-kadang saya rasa tak selesa di pinggang, kadang-kadang terlebih lapar, susu kadang-kadang drop, Ya Allah sabar jela, sebab banyak betul ujian. Tapi di atasi dengan cara yang cepat dan selamat.
Saya selalu ajak kawan-kawan tiru cara saya. Siap ada label Jom Tiru Saya hehe. Kalau pam, susu keluar setitik, bersyukurlah. Sebab ada jugak, ada orang langsung tak ada. Tapi apa pun tetap bersyukur.
Semasa berpantang dan menyusu saya ambil beberapa jenis supplement seperti dalam gambar. Ia adalah ESP, Vitalea, Vitamin C, B COmplex, Alfalfa, Zink semasa berpantang sahaja dan Ostematrix.
Jom saya kongsikan cara saya banyakkan susu semasa berpantang.
Semasa pagi, saya pun tak berapa gemar bangun pagi sebab letih kot, malam kan berjaga. Jadi nak bangun tu cuma bertungku sahaja pagi-pagi. Sebelum saya bertungku saya akan pastikan saya dah minum ESP campur dengan milo. Kemudian terus saya telan 3 biji Alfalfa. Sebab minum ni, sebagai alas perut. Ye lah, mak cakap tak elok makan dulu sebelum bertungku. Dan masa bertungku adalah lama.
Sebelum baby bangun,saya akan pastikan saya minum air suam 500ml. Kemudian, saya akan pam susu saya untuk stok. Pam sikit sahaja dalam 40ml atau 1.5oz. Kadang 2 oz. Tujuan minum air suam supaya susu dapat produce dengan cepat dan tujuan saya pam dulu sebab nak bagi susu hindmilk pada baby. Jadi bila bagi yang pekat, baby cepat kenyang dan tak lah mengempeng. Lepas saya susukan baby saya akan pam lagi guna botol yang sama. Ok dah cukup 3 oz. Selepas saya pam, saya akan minum lagi 500ml air suam. Cepat sikit susu produce nanti.
Selepas sarapan pagi, saya akan menelan Vitalea sebanyak 2 biji, 1 biji B Complex dan Vitamin C 1 biji. Dengan air suam sebanyak 500ml.
Semasa lunch, mak saya akan menyediakan sayur hijau dan lobak puteh. Antara sayur yang saya ambil ialah kucai, lobak puteh, sawi, khailan dan ulam pegaga. Dan protein pula, ikan termenung selar, ikan kerisi, ikan merah, ikan bilis. Cara memasak adalah tanpa minyak. Selepas lunch saya akan redakan perut saya setengah jam dan minum air suam sebanyak 500ml selepas itu. Kemudian saya akan menelan Alfalfa sebanyak 3 biji dengan air suam.
Seperti biasa, saya akan pam 2 jam sekali, supaya selalu ada rangsangan pada breast. Namun begitu, di sebabkan saya menyusu 2 anak serentak ketika berpantang,  saya akan berhenti pam jika demand dari mereka.
Sebelum saya dinner, 1 jam sebelum saya makan, saya akan ambil zink 1 biji untuk cover luka dalaman dan luaran saya. Bagus sangat. Luka saya baik seawal 3 hari. Namun, tetap sambung telan sampai habis pantang. Dan sampai sekarang masih ada, hehe..
Selepas dinner, saya akan telan 3 biji Alfalfa dan 4 biji Ostematrix. Saya akan telannya 1/2 jam selepas makan.  Itulah rutin saya dari bangun sampailah tidur kembali.
Pada jam 1 pagi saya akan buat power pumping dengan Medela Harmony kesayangan saya. Time ni ada Maharaja Lawak Mega ulangan. Hehe
Tujuan saya ambil kesemuanya supaya saya sentiasa cergas dan sihat. Dan terbukti bila saya dapat menyusukan kedua-dua anak saya tanpa sakit-sakit badan, tanpa kurang susu badan, dan tanpa rasa stress walaupun Adam kadang-kadang buat saya geram hahaha.

Tips banyakkan susu ibu

1) pam 2 jam sekali
2) mind set yang susu sentiasa banyak dan cukup untuk anak. Dan sentiasa pisitif.
3) power pumping setiap malam kalau boleh
4) minumlah 3 liter air sehari dan biarlah ianya mencukupi.
5) buat jadual, sebab sangat bermanfaat.
6) minum air suam sebelum dan selepas pan atau menyusu.
Kalau anda tak nak kecewa susu tiada masa anak nak menyusu, segeralah hubungi saya.
Haniza
ID 1065866
0135131481

You Might Also Like

0 comments