Pengalaman Di Jabatan Kecemasan Bilik Matahari
01:58
Rasanya dah lama Saya Tak update blog. Rasanya rugi pulak bila blog yang hampir 5 tahun ni Tak update.
Kalau burung buat sarang ni mesti dah bertelur-telur berpuluh-puluh biji.
Bulan ni nak kongsi sikit lah cerita pasal anak saya yang no 2 tu.
Bulan April ni mungkin bulan dia, awal bulan lagi dah demam. Demam pulak lama. Ini Kali pertama dia demam dengan lamanya.
Selalu kalau dia demam, Tak sampai sehari pun.
Dia jarang demam. Kalau demam Tak Sampai sehari pun. Kali ini lain sikit dia. Demam dari 1 Hari bulan, sampai harini dah nak masuk 4 Hari bulan.
Hari pertama demam, malam 1 Hari bulan. Tak pasti sebab Dan punca dia demam, nak kata dia main panas atau hujan Tak mungkin, nak kata dia berjangkit demam dengan orang pun Tak mungkin.
Mulanya cek demam tu, demamnya 39.0'.
Paksa dia bangun Dan makan omega guard. Alhamdulillah turun ke 38.0.
Tapi sampai ke tengah Hari bawa ke malam, Tak kebah-kebah. Main-main suhunya. Sekejap 38, sekejap 39.
Esokkan tu, malamnya terus bawak ke hospital Tengku Ampuan Rahimah. Sebab dah rasa risau. Serious lah dia Tak pernah demam lama macam ni. Kami ke unit kecemasan.
Ammar di beri rawatan. Cek suhu segala.
Tapi again terkilan sikit Masa tu, bila doktor macam Tak sure, kalau bahasa kasarnya, "awak ni, doktor pelatih ke". Kelam kabut Tak apa-apa.
Dia cakap nak monitor, fined. Monitor makan. Dah kami cakap makan sikit. Tak nak dah. Lepas tu bila Tanya balik nak buat apa? Dia cakap Saya Tak risau anak puan badan panas, tapi Saya risau anak puan Tak makan?????
Masa tu dalam hati "what????"
Ok Tak apa..tunggu je dulu.
Kami di hospital tu dari pukul 10 malam. Sampai pukul 4.30pagi!??
Pada mulanya dia cakap, "anak puan ni kena warded. Emm tapi saya nak tengok anak puan boleh makan ke Tak. Okei puan belikanlah apa-apa padanya dulu."
Okei beli lah kami pun. Dia nak makan dadih, so belikan sahaja.
Lepas makan beberapa sudu, dah Tak nak.
Terus ke bilik matahari. Untuk report anak makan banyak Mana. Tapi kecewa, dia cakap sekejap ya. 2 jam tunggu!! Saya pulak Tanya. Che Ammar Zafran anak Saya, macam Mana ya?
Ohh che Ammar. Sekejap ya.
Masa tu, Saya rasa sedih sangat, bila borang kesihatan berwarna Kuning tu, dah disimpan di rak. Means dah Tak Ada rawatan.
Doktor ambik Dan cakap, okei puan, anak puan kami nak masuk air. Dan nak ambik darah. So silakan doktor...
Saya keluar bagi pada abi dia, sebab Saya Tak sekuat abi. Nanti Saya menangis sekali.
Jam dah 2 pagi. Result Darah Tak keluar pun. Saya terkilan sangat.
Dalam hati sentiasa berdoa agar adik cepat kebah. Tapi Masa ni air pun belum masuk lagi. Cuma tunggu!!
Saya jumpa doktor balik, result anak Saya bila Dapat??
Orang yang datang lambat dari kami dah setel. Kami masih belum. Kenapa????
Nama apa ya?
Che Ammar Zafran.
Tolong cek kan result Darah che Ammar..
Puan Mari ke dalam.
Anak puan Darah okei .Cuma Saya nak masukkan air ya .
Silakan doktor. Buat sekarang.
Masih berlengah. Kami Tak pasti kenapa doktor boleh lengah-lengah dengan kes kami??? Why doktor???
Masa bersembang-sembang dengan mak-mak anak-anak yang Tak sihat, dorang cakap doktor dah tertukar nama anak dorang?? Why doktor begitu cuai??
Air masuk dalam badan ammar. 40ml. Tetapi sebab kan adik nak buang air kecik, abi terpaksa bawak sekali air tu. Tapi malangnya banyak Kali bergerak, air tu stop. Dan Darah keluar.
Saya mintak doktor tolong uruskan Dan perbetulkan. Tapi malangnya, okei dah cukup lah ni. Air masuk Tak Sampai 20. Berbaloi ke kami tunggu??
Berbaloi ke berejam tunggu? Berbaloi ke dengar doktor cakap yang dia Tak risau anak badan panas? Tetapi risau anak Tak makan????? Risau kulit kering? Itu ke yang sepatutnya dirisau??
Serious Masa tu kecewa.
Balik rumah, solat isyak Dan terus tidur.
Anak sulung ponteng sekolah sebab terlalu penat.
Seriously ni pengalaman yang Tak Dapat dilupakan.
Thanks doktor yang merawat.
Pertama kali rasanya buat rawatan Kat HTAR.
2 comments
kalau anak demam ibubapa lah yang paling risau
ReplyDeleteSembuh dah ke? Moga cepat sembuh.
ReplyDeleteNanti kumpul duit sikit boleh standby duit medical, any case just pergi swasta. Insya-Allah puas hati.
Tu pun kena survey siap-siap juga pediatrician yang bagus dan worth the money.