5 Cara Hilangkan Sakit Tumit Kaki Menyucuk Tanpa Guna Ubat Steroid

16:55


Sakit tumit kaki ni bukannya golongan senja sahaja, tapi yang masih muda belia ni pun dah terkena sakit tumit ni.

Sakit tumit ni macam sakit yang sangat-sangat menyucuk-nyucuk dan berdenyut di bahagian tumit kaki. Memang tak tahan kalau sakit. Dahlah sakit, nak jalan pun susah!




Punca Sakit Tumit Kaki

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan sakit tumit ni. Antaranya ialah:

  • Sakit tulang belakang yang menyebabkan sakitnya menjalar ke tumit kaki.
  • Pakai kasut tinggi 
  • Berat badan yang berlebihan dimana kaki tak dapat nak menampung lebihan berat badan
  • Kekejangan otot betis kerana otot betis lemah

5 Cara Hilangkan Sakit Tumit Kaki

Anda boleh mencuba mana-mana cara yang saya kongsikan dibawah ya.


1. Senaman Tapak Kaki

Tumit kaki akan merasa sakt dan bisa bila kekurangan darah dan oksigen dibahagian tersebut. Amalkan beberapa senaman tapak kaki yang banyak dikongsikan dalam internet.


Antara senaman yang paling mudah adalah dengan melakukan regangan di tapak kaki. 

Caranya ialah:

  • Duduk di atas kerusi dan silangkan kaki atas lutut. contohnya kaki kanan silang ke atas kaki kiri. 
  • Bengkokkan pangkal jari anda dan tarik ke arah badan anda sehingga anda rasa regangan yang selesa.
  • Tahan regangan tidak kurang daripada 30 saat.
  • Ulangi latihan ini sehingga 5 hingga 10 kali dengan regangan yang sedikit dan sederhana dan tanpa sakit.
Sebelum tidur, anda digalakkan untuk membuat sedikit regangan pada tapak kaki, ini bertujuan supaya bila kita bangun tidur nanti otot kita tidak terkejut.



2. Rendaman kaki

Merendam kaki sangat bagus untuk melegakan tekanan pada tapak kaki. Yelah lepas seharian kaki kita bekerja, berjalan ke sana sini dan asyik berdiri, tumit kaki kita mesti letih kan.

Jadi, anda bolehlah mengamalkan cara ini untuk melegakan tekanan pada tapak kaki anda.

Caranya ialah: 

Sediakan air rendaman kaki dalam besen. Campurkan air suam bersama dengan garam kasar. Mula merendam kaki selama 1/2 jam dan anda akan rasa tumit kaki menjadi lebih rileks.



3. Pilih kasut yang sesuai


Pemilihan kasut yang sesui amat memainkan peranan pada tapak dan tumit kaki. Selain design yang cantik, kasut juga haruslah memberi keselesaan dan tampungan yang baik pada kaki.

pilih kasut yang ada span yang mencukupi pada tapak kaki. Elakkan kasut yang mempunyai tapak yang nipis kerana ia tidak memberi support yang baik pada tapak dan tumit kaki.



4. Pilih aktiviti riadah yang sesuai

Aktiviti riadah atau senaman ini memang sangat baik untuk tubuh badan kita. Namun begitu, untuk mereka yang mudah sakit pada tumit kaki, anda perlu mengurangkan aktiviti riadah yang memerlukan anda untuk berlari atau berdiri pada masa yang sama dan lama seperti berjoging atau berlari.

Anda digalakkan untuk melakukan aktiviti seperti berenang atau berbasikal kerana ianya aktiviti yang memberi kurang tekanan pada tapak dan tumit kaki.


5. Berikan haba pada tumit kaki

Kalau anda selalu terdedah dengan suhu yang sejuk, seperti di pejabat. Anda digalakkan untuk memakai stokin bagi mengekalkan sedikit haba pada tapak kaki dan tumit kaki.

suhu yang sejuk dapat memberi tekanan pada otot kaki. Jadi amalkan untuk memakai stokin yang memberi kelegaan pada tapak kaki dan tumit kaki.





Produk Cepat dan Berkesan Atasi Sakit Tumit Kaki


Selain fisioterapi, rawatan alternatif lain ialah dengan mengambil vitamin / supplement. Antara vitamin shaklee yang membantu masalah sakit tumit kaki adalah:



1. Vivix


Vivix ialah tonik antioksidan yang memperbaiki kerosakkan pada sel. Vivix repair sel diperingkat DNA. Vivix jugak bertindak sebagai anti keradangan.

4 mekanisme vivix ialah:


  • Melindungi DNA dari kerosakkan - setiap sel dalam tubuh manusia terdedah kepada 1 juta radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakkan sel.
  • Membaiki kerosakkan DNA- dengan cara memperbaiki pengatur genetik yang berperanan dalam proses pembaikan sel. 
  • Mengecas tenaga pada Mitokondria(sumber tenaga sel), sel yang tidak mempunyai tenaga yang cukup tidak akan berfungsi dengan sebaiknya.
  • Membersihkan protein AGE (bahan sisa dari tindakbalas protei), semakin bertambah umur, semakin banyak bahan sisa dalam sel yang boleh mengganggu fungsi optimum sel




2. B complex 


B complex adalah vitamin larut air yang sangat bagus untuk masalah berkaitan saraf. Vitamin B complex membantu dalam neuropati dengan mengurangkan kesakitan dan meningkatkan regenerasi saraf. B complex juga membantu mengurangkan kesakitan saraf yang berkaitan dengan diabetes, yang dipanggil neuropati diabetes serta sakit saraf yang berkaitan dengan kemoterapi tertentu.


Melalui kajian juga, B complex meningkatkan rembesan glucocorticoid (steroid semulajadi) yang akan mengurangkan keradangan dalam badan, jadi ia mengurangkan kesakitan.




3. Ostematrix


Ostematrix adalah kalsium, maganesium yang dilengkapi vitamin D.

Magnesium mengawal proses yang terlibat dalam tindak balas keradangan. Apabila magnesium meningkat, proses keradangan seperti pembebasan protein proinflamasi berkurangan. Magnesium juga boleh menghalang pengaktifan reseptor yang terdapat dalam sel-sel saraf yang mengawal rasa sakit.



4. Omega Guard

Omega guard memang terbaik untuk sakit tumit kaki. Ini kerana bila kita Ada sakit ni, ia bermaksud ada radang pada otot kaki kita.

Omega guard berfungsi untuk melawan radang atau bengkak didalam tumit. Bengkak ni menyebabkan saraf terkepit dan sakit.

Omega guard mengandungi minyak ikan omega 3 yang sangat-sangat tulen berbanding jenama lain di farmasi.




Dapatkan vitamin Shaklee ini dengan saya untuk melegakan sakit Tumit anda.

Haniza

www.wasap.my/60135131481

You Might Also Like

0 comments