Jalan-jalan Di Taman Botani Shah Alam

21:46


Hari ini kami sekeluarga di arah abiy untuk bersiap-siap sebab abiy nak bawak berjalan. Tapi bila ditanya ke mana Tak cakap pula.


Lepas siap-siap makan tengah Hari Dan masuk dalam kereta, baru abiy cakap yang abiy nak bawak pergi ke Taman Botani Di Shah Alam.


Sebaik sahaja sampai, kami terus bayar duit parking kereta RM3.00 sahaja. Nak duduk lama-lama kat dalam Taman ni pun Tak kisah sebab parkingnya murah.


Dan yang paling best, parking banyak sangat, dan sangat luas. Jadi Tak yah risau nak parking Kat Mana.


Dah siap parking terus ke kaunter beli tiket. Tapi 2 beradik ni lagi sibuk nak beli patung pikacu Dan didi & frens. Tapi Tak beli pun. Yelah kalau beli sesiap siapalah yang nak bawak, umi jugak.


Harga time sangatlah murah:


Tiket masuk Taman botani


Dewasa : RM3.00
Kanak-kanak: 12 tahun ke atas -  RM1.00
Kanak-kanak 12 tahun ke bawah - free

Jadi 2 beradik ni free jelah!!


Tiket masuk rumah 4 musim Taman Botani Shah Alam


Dewasa - rm3.00 sahaja



Elok je kami masuk ke dalam kawasan Taman, hujan pun turun. Kami decided nak Naik train je senang. Yelah naik train Tak basah. Hujan rahmat turun selebatnya Alhamdulillah Tak panas 😎







Train ni akan bawak terus ke rumah 4 musim.



Kat sini macam beranda. Pintu masuk atau pendaftaran


Until pengetahuan semua, Tak adalah keempat-empat musim. Musim ni ikut musim sebenar juga tau. Macam kami datang bulan. Bulan ni musim luruh. 

Okay layan dulu pemandangan musim luruh yang best Dan cantik in 😍😍












Disebabkan hujan, kami tak berjalan banyak pun. Anak-anak pun redah hujan hihihi..


Jalan ke depan sikit, ada rumah-rumah kecik macam replika rumah kecil-kecil. Cantik Dan sangat comel. Teruja lah Dua beradik ni.







Habis pusing-pusing rumah kecik ni terus ke tempat menunggu train. Hujan Makin lebat pula. 


Sampai sahaja pintu masuk, abiy cakap jom jalan-jalan dulu. Jadi kami pun okei jom, walaupun hujan, kami Tak basah kuyup. 



Kawasan sawah padi yang sangat cantik. Macam Kat kedah lah pulak!





Bersebelahan dengannya ada tasik. Ikannya jinak-jinak. Hihihi






Akhirnya kami decided nak balik bila Abang dah mula merengek nak kan pikacu yang di jual Kat pintu masuk. 


Tapi bila pergi ke Kedai tu bukannya beli pikacu tapi beli binatang-binatang kecik ni hihi...


Okei...jumpa lagi entry yang lain..




You Might Also Like

0 comments