5 Tips Kecilkan Liang Pori Agar Kulit Menjadi Licin
00:09Assalamualaikum...
Liang pori yang besar dan terbuka menyebabkan kulit muka menjadi lebih tua dan kusam juga tidak bermaya. Kebiasaannya kulit yang bermasalah seperti berminyak, tekanan, genetik dan penjagaan yang tidak sihat, penyumbang kepada liang pori terbuka dan kelihatan besar.
Liang pori yang terbuka bukan sahaja menyebabkan kecantikkan terhalang, malah membawa kepada masalah lainseperti kehadiran bintik hitam, jerawat dan jeragat.
Tips untuk kecilkan liang pori
#1 Puteh Telur
Gambar: Google
Puteh telur mampu mengecilkan liang pori.
Caranya ambil sebiji telur, asingkan puteh telur dan kuning telur. Kemudian, pukul puteh telur dan sapu rata ke muka. Biarkan selama 20 minit dan bilas dengan air sejuk.
Untuk kesan yang lebih baik, campurkan puteh telur dengan tepung beras. Ratakan di muka seperti membuat masker. Biarkan dalam 30 minit dan cuci.
Cuba langkah ini dua kali seminggu.
#2 Jus Timun
Gambar: Google
Blender sebiji timun dengan air sehingga menjadi jus. Campurkan jus timun yang telah di blender dengan tepung jagung untuk menjadikannya likat.
Sapu rata sekitar wajah seperti masker. Biarkan selama 15 minit dan cuci dengan air sejuk.
Masker timun bukan sahaja dapat merawat liang kulit, malahan membantu mencantikkan lagi tekstur kulit wajah.
#3 Tomato
Gambar: Google
Blender sebiji tomato sehingga menjadi jus. Kemudian sapu rata sekita wajah anda. Biarkan selama 15-20 minit kemudian bilas dengan air sejuk.
Tomato bukan sahaja mengecilkan liang pori yang terbuka malahan membantu mengecilkan iang pori yang terbuka, membantu mengatasi masalah parut dimuka dan menghaluskan lagi wajah.
#4 Ais
Gambar: Google
Sediakan beberapa ketol kiub ais atau pecahkan ais agar menjadi ksetolan kecil. Ambil ais yang telah dipecahkan dan balut dengan kain. Kemudian gosokkan kain tadi disekeliling wajah.
Lakukan setiap malam sebelum tidur. Ais juga membantu menghaluskan kulit muka.
#5 Aloe Vera / Lidah buaya
Gambar: Google
Ambil isi aloe vera yang berupa lendir. Sapu rata seluruh wajah dan biarkan ia selama 20 minit. Lidah buaya membantu membersihkan dan menyuburkan kulit serta membuang minyak dan kotoran daripada liang-liang yang tersumbat. Aloe vera juga mampu mengecilkan liang pori yang terbuka dan luas.
Namu begitu, ada juga cara yang sangat mudah untuk digunakan iaitu dengan meminum SHAKLEE COLLAGEN POWDER (SCP) setiap malam sebelum tidur. Kesannya boleh dilihat apabila kita consistent meminumnya setiap hari.
SCP boleh diambil oleh semua golongan kecuali bayi. Ini termasuklah warga emas dan ibu menyusu.
0 comments