Amalan Waktu Pagi

10:12


Awal pagi adalah waktu yang paling baik untuk memulakan tugasan kita seharian. Mood yang sentiasa tenang dan gembira adalah di perlukan. Namun, perkara yang sebaliknya akan berlaku jika mood kita kurang baik.




Terdapat beberapa amalan baik yang boleh kita amalkan di waktu pagi:

  • Ucaplah syukur setiap kali bangun dari tidur. Bersyukur kerana masih di berikan nikmat satu hari lagi untuk hidup di dunia ini.
  • Kemudian, mandi dan mengambil wuduq dan menunaikan solat Tahajud.
Firman Allah dalam surah Isra', ayat 79:

Maksudnya:
"Dan bangunlah pada sebahagian waktu malam serta kerjakanlah solat Tahajjud padanya, sebagai solat tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkan mu di hari akhirat di tempat yang terpuji."

Amalan terpuji seperti:


  • Banyakkan berdoa pada waktu awal pagi kerana ia antara waktu mustajab untuk berdoa.
Daripada Abu Umamah al Bahili r.a., Rasulullah S.A.W. di tanya oleh seseorang:
"Apakah doa yang lebih di dengar (lebih makbul dan mustajab)?"
Baginda bersabda:
"Waktu terakhir pada hujung malam dan sesudah solat-solat fardu" (riwayat al-Tarmizi)


  •  Lakukan solat subuh secara berjemaah
Daripada Jundab bin Abdillah berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda:
"Barang siapa yang solat subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah" (riwayat Imam Muslim dalam kitab sahihnya)

Daripada Ibn Umar r.a. Nabi S.A.W. bersabda:
"Solat berjemaah lebih afdal daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat. (riwayat al-Bukhari dan Muslim) 


  •  Amalkan membaca al-Mathurat selepas subuh.

Al Mathurat merupakan wirid dan doa harian yang di amalkan oleh Rasulullah S.A.W. Baginda adalah orang yang mengetahui betapa besarnya ganjaran yang di perolehi dari amalan doa dan wirid tersebut. Wirid, doa, zikir dan istigfar dalam al-Mathurat ini akan memantapkan jiwa di samping memiliki keutamaan dalam segala aspek kehidupan. Mendidik hati agar sentiasa merindui Allah dan memberi kelapangan hidup dan kesihatan jasmani.



  • Amalan solat suna Dhuha
Daripada Ibn Umar r.a. katanya Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Firman Allah dalam hadis kudsi maksudnya:
"Hai anak Adam, solatlah keranaku dua rakaat Dhuha pada awal hari, nescaya aku jamin hingga akhir hari tersebut. (riwayat altabrani dalam al kabir) 


 
Marilah kita sama-sama mengerjakan amalan yang sungguh mudah ini. Amalan yang di lakukan secara berterusan akan melahirkan tabiat. Tabiat baik ini akan di jadikan amalan sehingga akhir hayat. Insyaallah.
Daripada Aisyah r.a.:Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: 
"Amalan yang paling di sukai oleh Allah taala adalah sesiapa yang melakukan amalan itu secara berterusan walaupun sedikit. (riwayat muslim).

Islam itu indah, cuma kita sebagai umat Islam kena korek dan gali dengan sebanyak mungkin keindahan itu.


Sekiranya jika ada sebarang pertanyaan tentang supplement terbaik di Malaysia, hubungi sy segera:

iRHaniza
wassap/sms 0135131481 / 0179119260
umiadamfaris@gmail.com
fb: Haniza Hani


 
 




You Might Also Like

0 comments