Berisiko tau kalau tak susukan badan

06:43


Banyak risiko kalau kita tak susukan anak kita ni.



  • Risiko kepada Baby kita
Pada minggu pertama, susu ibu ada kolustrum, kalostrum ni bagus untuk imunisasi baby. Kalau baby tak dapat kolostrum, baby mudah mendapat alahan dan mengalami masalah sistem penghadaman.

Baby akan mengurangkan risiko obesiti dan diabetes apabila dewasa nanti.

Bagi baby yang menyusu badan, mempunyai perkembangan daya IQ yang tinggi berbanding menyusu formula.

Jadi ape pilihan untuk baby kita?

  • Risiko kepada ibu, mama dan mummy
Ibu-ibu yang menyusukan bayi boleh membantu ibu-ibu mengecutkan rahim, selepas bersalin dan mengurangkan risiko pendarahan

Selain itu, ibu yang menyusukan babu boleh terhindar dari risiko kanser payudara danovari dan mengurangkan penyakit osteoporosis.

Ibu juga boleh ,menjarakkan kehamilan secara semulajadi.


  • Risiko kepada masyarakat

Penyusuan susu ibu boleh membantu keluarga dan masyarakat supaya jimat berbelanja ini kerana tak perlu membeli susu formula.

Kebersihannya juga terjaga kerana tidak perlu pembungkusan, dan pemprosesan dan boleh mengelak dari sebarang pencemaran.

Manakala, untuk masalah penyakit, risiko untuk sakit juga kurang. Ini boleh mengurangkan kos perubatan. 

Pilihan di tangan kita. Sama ada nak bagi susu kita atau susu formula. Ketahuilah banyak betul kebaikannya jika memberi anak susu kita. Anak lebih sihat dan cergas.


Hubungi sy jika anda memerlukan sebarang tips untuk menyusukan badan ^_^

Haniza
0135131481
fb Haniza Hani
ID 1065866






You Might Also Like

1 comments