3 Langkah Mudah Untuk Memulakan Bisnes Online

03:45

Bisnes online ialah salah satu platform yang sangat mudah untuk buat bisnes sekarang. Rata-rata pembeli sekarang malas nak keluar rumah nak beli apa sekalipun. 







Sekarang ada macam-macam orang berniaga secara online ni. Termasuklah saya sendiri yang juga peniaga online. Saya menjalankan bisnes shaklee secara online. 


Macam mana kita nak tahu, bisnes kita ni betul dan orang akan cari kita? Dan macam mana kita nak tahu barang / produk / atau service yang kita nak jual ni akan mendapat permintaan masyarakat sekarang?


Mari saya kongsikan sedikit sebanyak, langkah mudah untuk kita mulakan bisnes online supaya, bisnes kita menjadi dan maju.


Langkah-langkah memulakan bisnes online


#1 Pilihan produk atau perkhidmatan yang betul-betul memang orang akan cari.


Sebagai contoh, anda tengok persekitaran dan cuba baca news ke atau apa sahaja medium, apa yang orang sibuk dok cerita. Kalau orang sibuk bercerita pasal kesihatan, mulalah memilih produk kesihatan untuk dibuat bisnes. Contohnya bisnes shaklee. Produk shaklee memang sentiasa di cari orang, tanpa henti setiap hari. Pilihan bisnes yang takkan menyesal dikemudian hari.

Tapi, andai kata, anda memilih untuk membuat bisnes lain selain dari kesihatan, contohnya bisnes tudung. Carilah pembekal-pembekal tudung yang boleh membekalkan tudung yang mengikut trend, dari segi corak tudung, yang lebih murah dan sebagainya.



#2 Bisnes tanpa modal / modal yang rendah


Kalau boleh, carilah bisnes yang tak perlu modal. Tadi langkah pertama anda dah pilih kan produk yang orang cari? Atau kalau memerlukan modal seperti bisnes tudung, anda belilah sedikit dahulu. Contohnya beli dahulu 10 pasang tudung yang mempunyai 10 corak yang berbeza.

Kalau anda nak pilih bisnes yang tak perlukan modal sedikit tak sampai rm100.00 cubalah bisnes shaklee. Bayar yuran keahlian sahaja. Produk shaklee pun memang sentiasa di cari oleh pengguna. Jadi anda jangan risau yang produk shaklee tak laku. Laku keras sentiasa sebab hari-hari ada orang tak sihat, hari-hari ada orang sakit.



#3 Medium untuk bisnes online yang murah atau tak perlukan modal


Mula pilih nak buat bisnes online melalui medium yang mana satu?? Instagram ke? Blog ke? Atau fb Ads ke? Pilih yang mana sesuai? Andai kata anda perlukan medium bisnes yang tak pakai modal yang banyak, blog lah jawapannya. Blog ialah pilihan yang sangat-sangat tepat!

Lepas dah pilih. Contoh pilihan anda ialah Blog. Update blog setiap hari, dan guna keyword yang betul dan popular, serta luaskan rangkaian blog. Bagitahu semua orang yang anda mempunyai blog. Bagitahu semua orang apa yang anda jual. 
Dan yang penting, jangan diam membisu. Lepas update blog, jangan diam. Kena promosikan blog kita.



Itu sahaja langkah yang sangat mudah dan senang yang perlu anda ikuti. Semoga berjaya!



Bisnes yang trending 


Bisnes shaklee.







- Bisnes shaklee tak perlukan modal. Caranya pun mudah. Daftar jadi ahli. Bayarannya yuran keahlian cuma RM79.50 sahaja.

- lepas dah daftar terus boleh mulakan bisnes. Kalau anda memilih saya untuk menjadi upline anda, saya akan ajar anda membuat blog. A-Z, keyword yang betul.

- bisnes shaklee boleh di buat secara online. pembelian pun secara online. Dapat customer, customer transfer duit dan kita terus boleh order melalui online di shaklee2u. Mudah sangat-sangat. 

- Kena rajin update blog, rajin sharing pasal produk, rajin buka mulut, rajin promote produk shaklee kat sesiapa sahaja 



Hubungi saya

Haniza
0135131481


p/s: saya ni tengah mencari orang yang nak buat bisnes / nak jadi downline saya dan nak buat bisnes shaklee. cepat-cepat hubungi saya ya. Sebab saya dah gatal tangan dan gatal mulut nak kongsi cara nak buat bisnes shaklee ni. Perasaan nak ajar korang jadi maju dalam bisnes shaklee ni membuak-buak. Cepat wassap!
















You Might Also Like

1 comments

  1. sekarang ni banyak sgt cara buat duit online. rugi kalau lepaskan peluang

    ReplyDelete