10 Makanan Yang Boleh Banyakkan Susu Badan

23:04

Ha...


setelah 4 tahun berturut-turut menyusukan anak tanpa henti ni, dan anak no 2 tu baru sahaja wean off, saya nak kongsi pengalaman saya sepanjang menyusukan anak.

menyusukan anak ni kadang tu, susu banyak, kadang tu susu sikit. tapi...susu ni kadang nak banyak dan nak sikit pun dari pemakanan kita jugak.

Namun begitu, tak semua orang sama. Badan manusia ni lain-lain. Ada tu makan A, banyak susu keluar sampai bengkak-bengkak. Ada tu makan A, terus susu drop! Ha...atas orang jugak lah..










Antara pemakanan yang boleh banyakkan air susu ibu ialah:


Makanan banyakkan susu badan


1. Susu


Susu ni tak kira lah susu apa. Badan kita memang perlukan susu. Sebab dah kita supply susu kat anak, kita mesti topup dengan susu jugak. Agar kalsium antara satu sama lain cukup.


2. Air kosong


Sekurang-kurangnya ibu minum air masak dalam 3 liter sehari. 3 liter ni bukanlah sekali minum. Tapi ibu kena minum sekerap-kerapnya agar, air ni dapat topup balik susu yang anak dah isap tadi.

kalau boleh, sebelum dan selepas menyusu minum segelas air kosong atau air suam.



3. Kurma..


Ha.. yang ni saya suka makan pagi-pagi. Kurma ni karbohidrate. Bagi tenaga segera kat kita yang menyusukan anak ni. 

Bila badan kita bertenaga, kita akan tak stress dan boleh hasilkan susu yang banyak untuk anak kita. Amalkan ya..


4. Bayam


Bayam sangat sedap kalau dibuat sayur.

Terpulang nak makan cara yang macam mana sebab bayam sangat sedap rasanya. 

Bayam ni kaya dengan kalsium, kalsium ni pula ialah komponen utama susu ibu.

Bayam ni mempunyai hormon phytoestrogen. Ia adalah sejenis hormon yang memastikan komponen untuk penyusuan susu ibuseperti payudara ibu kekal sihat.


5. Oat


Bolehlah buat oat kosong, overnigt oat, oat tambah susu, biskut oat atau apa sahaja.

Oat ni kaya dengan nutrisi.

Oat juga membantu ibu menjadi tenang dan rileks. bila ibu tenang dan rileks hormon oxytocin dapat dihasilkan dengan banyak sekali. 

Hormon ini sangat penting dalam penghasilan susu ibu.


6. Lobak merah


Lobak merah kaya dengan beta-carotene dan vitamin A yang membantu tumbesaran bayi yang kuat dan sihat. 

Lobak juga memberi tenaga kepada ibu yang menyusu. 

tubuh ibu yang bertenaga dapat menghasilkan lebih banyak susu berbanding ibu yang keletihan dan lemau.


saya cadangkan ibu minum jus lobak merah setiap hari


7. Lobak puteh





Lobak puteh juga boleh membanyakkan air susu. masa berpantang, mak saya setiap hari dia akan selang selikan masak sayur.


tapi... boleh dikatakan semua sayur tu dia akan campurkan lobak puteh. tapi kadang tu masak air je lobak puteh ni.

masa berpantang tu lobak puteh banyak lah kat rumah.



8. Jantung pisang


Jantung pisang ni angin. Kalau ibu-ibu yang tak tahan makan jantung pisang, elakkan lah. Tapi saya suka sangat buat jantung pisang masak lemak. Atau pun ulam je, cicah air asam. bertambah makan hehe...


9. Pucuk manis.


Pucuk manis sangat sedap di buat masak lemak puteh dengan ubi keledek. Sedap sangat. Ia juga salah satu makanan yang boleh menambahkan susu badan.





10. Ambil supplement


Terdapat satu set supplement di shaklee yang boleh membanyakkan susu ibu. 

Shaklee namakan ia sebagai :



SET MENYUSU SHAKLEE



Dalam set ini ada -- ESP SHAKLEE , VITA-LEA, VITAMIN C, ALFALFA, OSTEMATRIX,  DAN B COMPLEX.


Set menyusu ini membantu:

  • membanyakkan susu ibu dengan menggalakkan penghasilan hormon serotonin yang membuatkan ibu berasa lebih tenang dan secara tidak langsung ini akan menghasilkan hormon oxytocin yang penting untuk menghasilkan susu badan yang banyak.

  • membekalkan kalsium dan protein yang merupakan salah satu komponen utama untuk ibu yang menyusu.


  • memberi tenaga kepada badan ibu yang menyusukan anak yang seringkali letih dan penat kerana menyusukan anak

  • membantu memastikan payudara ibu dalam keadaan baik agar susu dapat dihasilkan dengan banyak untuk si anak.

  • memekatkan air susu 

  • mengelakkan ibu menjadi stress sepanjang tempoh menyusukan anak



Dalam kita makan makanan yang seimbang, dan makan supplement untuk tambahkan susu badan, kita juga perlu:


- jaga jadual pam
- jaga supply vs demand
- jangan skip pam susu
- jangan sampai bengkak payudara baru nak pam susu
- pam susu di malam hari
- buat power pumping 
- rehat secukupnya...


Semoga entry ini memberi manfaat kepada ibu-ibu yang berjuang untuk menyusukan anak mereka sehingga 2 tahun...


chayok!!



untuk dapatkan SET MENYUSU SHAKLEE, sila hubungi saya:


HANIZA

0135131481 / 0135131581

SHAKLEE ID: 1065866


-umitheboys-











You Might Also Like

4 comments

  1. wah !! kenyang lah baby bila ibu dapat menjana susu badan sesuai dengan permintaan baby.. bagus tipsnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah bagus sangat. Apa-apa pun yang penting susu banyak. Baru hati senang...

      Delete
  2. Terbaek wanie 👍👍
    Perkongsian yg bermanfaat

    ReplyDelete