Mencari Set Berpantang Terbaik

09:42

Assalamualaikum... sihat semuanya? Semoga semuanya dilindungi oleh Allah dan beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat.

Hari ni nak cerita tentang perbezaan berpantang Kapten Adam dan Doktor Ammar.

Berpantang Adam belum kenal apa itu Shaklee, tapi berpantang Ammar dah tahu produk Shaklee mana yang perlu saya guna untuk berpantang. Itulah bezanya hahaha

Semasa berpantang Adam, penatnya Ya Allah, pestime kan beranak. Memanglah meletihkan. Tapi, lepas saya pantang baru saya google tentang Shaklee. Waktu tu saya ada masalah dengan susu anak saya. Tak cukup susu nak hantar ke pengasuh. Mulalah menggelabah kan.

Tapi, masa pantang dengan doktor Ammar. Saya sudah pun mengenali Shaklee dengan mendalam. Dah tahu produk mana yang sesuai untuk Set Menyusu.

Jadi saya decide, ambil ESP, Ostematrix, Vitamin C, Performance Drink, Meal Shakes, Vitalea, B complex, Zink, dan Alfalfa.

Masa lahir tu Doktor Ammar ni demam. Sebagai mak, mesti menggelabahkan? Dia tak kuning pun. Jadi saya mestilah stress tengok anak saya tetiba masuk wad pulak. Mulalah, dari tahu semua produk Shaklee saya jadi langsung tak tahu, jadi blur di sebabkan oleh stress!!!

Kalau kita stress, susu tak keluar tau. Saya memang macam tu. Jadi di sebabkan oleh anak kat wad, mak pulak kat rumah, saya rasa tension. Mam suruh saya pergi berurut. Malangnya bagi saya masa tu. Mak cik tukang urut tu hanya menyapu param kat saya tanpa urut sikit pun. Badan saya dah naik lenguh.Tapi habiskan jugak berurut 3 kali. Dan mak cik tu bagi saya param dan pilis. Saya pakai param dan pilis. Pakai sehari. Lastnya param dan pilis tu duduk dalam almari sahaja tanpa guna.Sebab Adam  geli tengok benda kat dahi dan badan saya jadi putih hahaha...

Tetiba mak saya menegur, kak, hang ni kenapa tak makan Shaklee hang? Beli saja jela beratus-ratus? Mak tengok sejak hang beranak hang tak makan pun. Mak saya ada. Kena jaga Adam. Sebab suamikan kena berulang alik. Tapi kesian kat mak sebab kena buli ngan Adam. huhu..

Jadi, yang pertama skali saya ambil waktu tu adalah Set Tenaga yang ada Performance Drink, ESP dan Meal Shakes. Minumlah saya pun dengan nikmatnya. Memang puas lepas minum. Alhamdulillah..

Saya mula ambil B complex sebijik, Vitalea 2 bijik dan Alfalfa 3 bijik lepas makan pagi. Boleh rasa kelainannya tau. Sebelum makan rasa badan tak bertenaga, lemau, stress dan selepas makan tu hambik la saya bengkak susu. Jadi keras macam batu. Huhu nasib tak demam. Dan Kapten Adam adalah penyedut yang baik. haha..

Bila anak saya keluar dari hospital, dia tak reti menyusu, sebab kat hospital dia kena menyusu guna paip. Yelah, sebab dia masa tu duduk dalam ankubator. Plus, dia belum pandai nak biasakan diri dengan persekitaran. Pernafasan dia laju.

Di sebelah malamnya, Ammar tidur je. Menyusu bila saya bagi. Dia tak menangis langsung. Cuma hari malam pertama tu, dia menangis macam ape tah, tetiba jer. Meraung-raung. Sampai saya ingat susu saya tak cukup. Mak suruh saya perah susu, jadi saya pun perahlah, tapi malam tu jelah. Lepas tu, saya skin to skin dengan baby sebab takkan saya nak bagi dia minum susu perahan, tak nak la saya.

Selepas makan tengah hari saya ambil Alfalfa 3 bijik. Alfalfa ni yang bantu supaya saya kembali bertenaga. Alfalfa jugaklah yang membanyakkan susu saya, sebab hari ke 3 susu dah mula memancut yang sebelah kiri bila baby isap belah kanan. Selain Alfalfa saya ambil Vitamin C. Vitamin C juga saya ambil supaya badan saya sentiasa kuat dan bertenaga nak lawan penyakit. Saya kena pastikan sistem imun badan saya kuat, kan anak saya belum sihat. Dapat kat anak jugak tau apa-apa yang saya makan.

Di sebelah malam, saya ambil sebijik zink sebelum makan. Makanan mak saya la yang masakkan, walaupun berpangang. Menunya sangatlah sedap. Mak masakkan, memanglah sedap.

Antara menunya,  nasi putih, ikan kembung bakar, ikan bilis campur lada hitam tumbuk, sayur pulak sawi air, kucai air, lobak putih air, yang tak boleh tahan setiap kali makan mesti ada lada hitam. Dan mak suka bubuh nasi dengan banyaknya. Nasi tu mesti panas. Mak hidang jer, terus suruh makan hehe..

Sebelum tidur, saya telan 4 bijik Ostematrix. Dan lena sampai pagi, Ammar terjaga baru saya bangun haha..

Kebaikan yang anda akan dapat dalam Set Berpantang ni ialah:

1) Sihat dan bertenaga.
2) Hilangkan stress dan memberi kita gembira sebab badan kita sihat.
3) Susu badan menjadi banyak dan mencukupi sampai dapat buat stok susu dan mak saya pening kat mana nak simpan susu. Peti penuh!
4) Buang air menjadi lawas. pertemuan antara Alfalfa yang saya ambil dengan Ostematrix, najis lembut. Siapa yang pernah beranak mesti serik nak membuang. Sebab siksanya nak membuang. Takut jahitan terbuka la macam-macam.
5) Membantu mengetatkan miss V. Dengan pengambilan Alfalfa.
6) Menghilangkan lenguh-lenguh badan. Seminggu lepas beranak saya baru dapat tukang urut yang dapat urut saya satu badan. Segar badan. Dengan pengambilan Ostematrix, Set Tenaga dan Alfalfa.
7) Membantu menyembuhkan luka dengan zink. Luka dalaman dan luaran. Orang selalu ambil remeh tentang luka ni. Nak baik luka yang kat luar jer, padahal urat-urat dalam badan kita ni dah tercabut dan berluka-luka masa meneran tu. Jangan tak tahu pulak, beribu-ribu urat kita akan putus masa kita beranak.
8) Mengembalikan keanjalan kulit, mulus dan bersih. Macam saya, saya ada masalah alergi dan gatal-gatal masa mengandung. Itulah alahan. Dua kali mengandung, dua kali jadi benda yang sama. Elok beranak je, hilang gatal dan alergi. Dengan ESP dan Vitamin C membantu memperbaiki kulit yang rekahan, kesan hitam, kesan bekas gatal-gatal.
9) Cepat kenyang. Sebab selalu mesti lapar. Mana nak dan makan selalu, baby sat-sat nak menyusu. ESP boleh bantu kenyangkan anda.
10) Anda akan dapat semua kebaikan dari no 1 hingga no 9 dengan membeli dan menggunakan Set Berpantang ini.

Kesimpulannya, kita sebagai perempuan yang mengandung, sebelum melahirkan, survey dulu Set Berpantang yang terbaik untuk kita. Jangan main taram suruh suami beli. Jangan main belasah jer bila orang cakap oh yang ni ok, yang tu kurang. Kita sendiri yang kena survey, Barulah puas hati macam saya ni ha. Hehehe...

Kat mana nak beli Set Berpantang ni?

Hubungilah saya melalui wassap, sms,call ke 0135131481.

Apa yang perlu saya ambil untuk Set Berpantang ni?

Alfalfa
ESP
Ostematrix
Vitalea
Zink
Vitamin C
B Complex

Okay, hubungi saya jika anda nak tahu selanjutnya. Jangan ragu-ragu dengan entry ini. Anda akan menyesal kalau tak wassap/sms/call saya sekarang untuk mengetahui lebih lanjut.

You Might Also Like

0 comments