Kepala Air - Jangan Di Buat Kawan

18:37

Dulu masa dok kat rumah lama yg dekat masjid, suka nau tengok air besar. rumah dulu rumah papan dan rumah sangat tinggi. tapi, di sebabkan rumah dekat dengan sungai, selalulah banjir kalau hujan lebat sangat.

Dulu sungai kat situ bukan macam sekarang. dulu sungainya dalam. air tenang, tapi tak de buaya tau. syok mandi air sungai kat situ. Sekarang, kering jer sungai kat situ, menyedihkan bila pergi ke situ.

Saya paling suka waktu hujan lebat, bila hujan lebat, kepala air datang. ha time kepala air datanglah saya sibuk-sibuk nak pegi tengok. Dan orang yang paling marah mak saya lah, tak padan betul dengan perempuan.

Tapi, kepala sungai ni, bahaya. Sebab air dia laju, bukan setakat air laju, keruh, bersampah dan ada kayu! Kayu tu bukan kayu kecik, kayu besau-besau.

Pernah sekali, dok syok-syok berkubang, tetiba sungai bersampah. Kelam kabut lah lari. Kalau tunggu hanyut la sampai ke Kuala Sungai. Ha tu lah tanda-tanda kepala air nak datang.

Okay... sebenarnya teringat zaman silam waktu kecik-kecik. Zaman berkubang lepas balik sekolah, mandi sungai, terjun sungai dari titi gantung. Wahhh semuanya segar dalam ingatan.

Oh... jangan lupa ye, Collagen Powder Shaklee promosinya akan tamat hujung bulan ni. Tinggal beberapa hari sahaja lagi bulan ni.

Jom order kolagen yanb sangat bermanfaat pada tubuh kita.

Haniza
wassap/call/sms
0135131481
ID 1065866

p/s: Jangan menyesal kalau korang terlepas nak dapatkan kolagen yang terbaik di dunia ni!

You Might Also Like

0 comments