Bawa Hero-Hero Mandi Kolam Di Gold Coast Bersama Andak Sekeluarga

02:41


Assalamualaikum...

Berseronok anak-anak hari ni. Mulanya mesej Kak Zila (Mak Ndak) ingat nak tanya pasal benda lain. Tapi, Kak Zila (Mak Ndak) pulak ajak pergi ke Gold Coast. Siap request nasi ayam, mintak ai buat. Tapi at the end of the day, bila dah siap beli barang, asben cakap Kak Zila (Mak Ndak) cakap dia dah buat nasi ayam. Hahahahahaha Terus simpan ayam yang ai beli ke dalam peti. kah kah kah..

Rupanya, si anak dara menolong. Kakak Nesrin yang tolong buat. Pagi-pagi bangun buat. Thanks kakak...

Sedap nasi ayam, sorry gambo tak de sebab tak leh tahan dengan nasi ayam tu hehe

Lepas siap jer makan nasi ayam, terus pergi mandi manda. Doktor Ammar pada mulanya menolak. Hua hua takut konon... mungkin dia dah lupa yang dia dah belajar berenang masa bayi lagi. Kapten Adam paling tak boleh sabar, ada ke masuk-masuk jer ke dalam theme park terus nak terkam air hahaha... Ye sebenarnya dia memang tak boleh tahan dengan kolam renang hahaha

Tahu tak papan luncur yang tinggi dan terpacak tu? Kapten Adam naik sorang jer hahaha.. Merah hidung masuk air. Tapi tetap bergumbira sebab dapat turun dari gelongsor yang tinggi.

Sorry tak de gambo. Kalau ada gambo mesti lagi best kan? Bukan apa, semua orang nak mandi. Kalau semua orang nak mandi sape lak yang sudi jaga barang berharga macam hanset tuh??? Mestilah semua nak mandi kan. Jadinya semua orang lenggang kangkung kecuali Abi yang bawak air dan tuala. Tapi, last-last sampai bilik baru minum dan guna tuala hahaha....

Malamnya pulak, tetiba elektrik di seluruh kawasan Morib takde. Di sebabkan oleh Gold Coast adalah kawasan Morib, maka bergelaplah kami hahaha... Tak boleh jadi, perut lapar dong lepas main air, keluar jelah carik makan dalam hujan yang ala-ala lebat.

Makan kat kedai koboi. Sebab koboi, semua pelayannya pakai topi koboi haha... Wah-wah cun melecun awek-awek koboi... hehe

Lepas makan, kami pun pulang. Jadi masalah bila Adam cakap sebelum dia nak tidur dalam kereta tadi, Yimi... Adam nak gi umah ayan.. hahaha

Umi: Adam, seronok tak main air tadi?
Adam: Ye mi, snok lah.
Umi: Penat tak?
Adam: Nat lah...
Umi: Nak main air lagi tak?
Adam: nak mi...

Tapi, elok sampai jer rumah, tidur tak sampai 20 minit dah terjaga. Kata penat???? Oh man umi gak kena jadi mata panda!!! Abi ngan adik siap ternganga tidur!!!


Sekian, selamat malam!



Oh lupa saya, promosi bulan Disember 2015.

Promosinya adalah Lecithin, Vitalea kids, dan Lecithin.

Promosinya seperti di dalam gambar. Oh meh saya terangkan,


  • Pertama: Vitalea kids beli 3 percuma 1, bermakna anda akan dapat 4 botol Vitalea kids ni.
  • Kedua: Lecithin beli 6 percuma 1, jadi anda akan dapat 7 botol, wow!!! dan jika rasa nak beli 2 botol sahaja, anda masih dapat menikmati potongan sebanyak 5%...hebat tak macam tu??? hebatkan??
  • Ketiga: Collagen Powder: Beli 6 percuma 1 kotak. Bermakna, anda dapat 7 kotak. Ya Allah sape nak bagi 7 kotak??? Shaklee la bagi kan. Tapi, kalau rasa nak beli 2 kotak sahaja, anda akan nikmati 5%  diskaun dari shaklee. Wow!!!!





Sebenarnya, bulan ni punya promosi sangat bagus. Sebab?? Meh nak citer, tahu tak kebaikannya Vitalea kids, Lecithin dan Collagen nih?

1) Vitalea Kids:
  • Membekalkan 19 jenis vitamin dan mineral yang sangat di perlukan untuk tumbesaran
  • Sumber kalsium untuk tulang, otak dan gigi
  • Meningkatkan tahap daya tahan melawan penyakit
  • Sumber lengkap 7 jenis vitamin B untuk fungsi tubuh yang betul
  • Menyediakan 150% nilai harian vitamin D yang menyerap kalsium dengan berkesan
  • Mengandungi 100% nilai harian vitamin C yang di perlukan dalam tubuh
  • Multivitamin yang kaya dengan anti-oksidan untuk kulit yang cantik


2) Lecithin:
  • Membantu menyerap vitamin yang larut lemak, seperti vitamin A,D,E, dan K yang larut lemak
  • Pemecahan lemak dan kolestrol. Senang cerita, dalam tubuh kita ni ada lemak-lemak jahat yang sangat-sangat jahat. Jadi, Lecithin membantu menyahkan lemak-lemak jahat tu. Atau orang panggil lemak tepu.
  • Pelangsingan. Menghalang obesiti. Pengambilan dalam kuantiti yang banyak dapat mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.
  • Menghalang sakit batu karang
  • Mempertingkatkan daya ingatan dan elak nyanyuk di awal usia. 
  • Menghalang tekanan darah tinggi
  • Mengelak sembelit

3) Collagen Powder
  • Anti-penuaan. Mengecilkan liang pori dan menghilangkan garis-garis halus. 
  • Mengembalikan keanjalan kulit. 
  • Menegang. Kulit menjadi lebih tegang dan anjal
  • Melembapkan kulit
  • Mencerahkan kulit. Mengurangkan pigmentasi, jeragat dan kulit tidak sekata.
  • Menyuburkan rambut
  • Memulihkan penyakit tulang belakang atau slip disc


Jadi, tunggu apa lagik????

Hubungi saya segera. Saya tunggu panggilan, sms dan wassap dari anda tau. Emm ni no nya 0135131481

Haniza
ID: 1065866
0135131481

You Might Also Like

0 comments