1 Mac tahun lepas

12:00

Teringat lagi saya semasa 1 Mac tahun lepas.

2013 ada 29hb Feb kan

Haha saya fail sikit bab2 calendar ni. Alkisah, saya pon cuti awal. Suami pun sama, kononnya bolehlah rehat-rehat kat rumah.

Malam 29hb tu saya dan suami terus gerak ke Gerik, kampong saya. Seronoknya tak terhingga, x sabra nak berpantang kat Gerik. Namun, di sebabkan suami saya ni bila sampai Ipoh jer dah ternguap-nguap, terpaksalah saya call Abang Faizal aka abg jei untuk bermalam di rumah dia.

Saya pun ganti drive jugak dengan suami. Kesian lah dia kan kalau drive sorang-sorang. Sampai kat rumah abang, abang cakap, beraninye mika dua ni, dengan dia ni sarat nya balik malam-malam. Kalau jadi ape-ape tadi kan susah. Hihi tadah aje telinga, xyah komen ape2...senyum jelah...

Esok tu 1 hb, 

abang saya sekolah. Kami ni cuti. Hari Jumaat ni. Elok abang keluar terus kami pun keluar. Sempat jugak lepaskan hajat gi makan roti canai kat kawasan umah abang. Terus balik umah. Lagi best x pernah-pernah guna jalan lama, guna pulak.

Kami sampai rumah mak, dah pukul 11 lebih kot x ingat. Sebelum nak balik, saya suruh mak buat roti hot dog yang kami makan masa kecik2 dulu, bukan susah pun, mak celup roti lam tepung, pastu mak goreng dan goreng hot dog. Sedapnya. last-last makan gitu jer.

Masa petang tu, saya dah x sedap badan, pinggang ni rasa sakit. Lenguh-lenguh jer rasanya. Lepas tu nak duduk x boleh, nak berdiri xboleh, baring xboleh. serba-serbi x kena. Mak suruh pergi baring dalam bilik. Petang dah masa tu. Nak dekat Asar dah. Saya pun pergilah, tgok suami amboi nyenyak betul tdo, saya gi sebelah sambil usik dia.

Saya baring. Tapi xboleh, sakit pinggang sangat. Xpelah saya bangun.

POPP!!!

Eh, air banyak keluar, habis 1 bilik banjir.

Suami pun, mak mak mak...Mak pun datang. Mak Tanya kenapa? Saya pun cakaplah air ketuban pecah, mak cakap ha bersiaplah kita gi hospital. Saya pun pakai kain batik tanpa pakai pentis, mak cakap xyah pakai hahahaha

Air sentiasa keluar.

Saya terus di bawak ke bilik bersalin sebab nak cek bukaan. Ishk masa cek tu Doc lelaki. doc perempuan xde masa tu. Terpaksalah macammana pun kan.
Masa tu saya cuak jugak. Sambil mintak Allah permudahkan saya.

Saya nak pergi toilet, nurse teman hahaha... siap tunggu belakang pintu tanpa saya tutup pun pintu tu. Lepas tu semua di cek nurse, tekanan darahlah, jantung baby lah semua lah...

Di sebabkan bukaan hanya 1 cm, doc suruh pergi rehat kat wad jer. Masa tu ada mak, mak jang, anak2 buah, suami tercinta dan lain2 lagi.

Saya siap senyum2 lagi, dorg pun pelik nape sy siap2 senyum, xnak beranak lagi ke? Aaah lom buka banyak.. (sebenarnya kecilnya ilmu, sy pon xtau berapa cm kena buka)

Dah petang, ke malam pulak. Bukaan masih maintain ke 1cm...Malam suami ada. Tapi dia xleh masuk teman kan saya, jadi duduk luar jela. Bila suami ada mulalah nak menyendeng, dok la dengan suami. Orang kata kalau nak anak cepat keluar, kerapkan berjalan, so saya pun berjalanlah seadanya. Pastu ade ke nurse ti peggy gak, dia marahnya saya sebab saya kehulu kehilir. La..pulak...dok la atas katil. Hubby dah balik sebab nak mandi dan solat.

Masa berlalu dengan pantas. Di sebabkan saya betul2 nak hubby masuk masa saya bersalin, hubby datang balik ke hospital, yelah takut2 saya dah nak bersalin.

Hubby saya cakap, dia nak balik dah, nak tidur. Saya pun sedih dah dan mulalah cuak huhu...saya takut nak masuk ke dalam bilik bersalin. Dah berapa kali nurse seluk, maintain 1 cm. sakitnya Ya Rabbi masa tu. xleh baring. duduk je boleh. Saya dari tidur terlentang, memusing 360 darjah sebab sakit sangat. Insaf la sekejap masa tu...Allah Allah Allah...

Saya pun xtahu bila lena, bila sakit datang saya terjaga, sakit sangat2, sampai nurse datang banyak kali. Nurse cakap tadi awak letak minyak selusuh cepat sangat, sebab tu awk suffer sekarang.

Sebenarnya mak suruh. Kalau ikut mak, dia kuar air je terus kuar baby. Tapi saya x macam tu.

Terpaksalah bertahan. Pukul 5 pagi, nurse kejut suruh bangun, mandi, cuci rambutlah segala. Apesal nak kena cuci rambut? saya pun blur2 cuci jelah...

Saya sms hubby, cakap nak masuk labor room dah. Mak cakap dia dengar orang mandi kul 5 lebih, pastu mak cakap hubby cakap kat mak nak g hospital sebab nak masuk labor room. Ya Allah sebak la pulak bila cerita balik. Hebatnya hubby saya yang sentiasa bersabar dengan saya.

Masuk labor room bukaan hanya 2 cm. Air ketuban masih ada. Saya dengar orang bersin, ha sah hubby saya, lega la rasa. Hubby bincang ngan doktor. Doktor cakap di sebabkan bukaan dari semalam 2 cm, sy akan di hantar ke hospital Ipoh. Ya Allah masa tu saya dah cuak. Saya xnak beranak operate. Saya takut. Saya nak normal. Lebih sihat.

Pergilah saya naik Ambulans dan hubby naik kereta. Masa dalam ambulans Allahuakhbar!!! Barulah saya tahu perasaannya naik ambulans tu. Laju kemain, saya kat belakang tahan sakit. Untuk pengetahuan saya ni manja Ya Rabbi, sakit sikit pun saya menangis. Tapi masa nak bersalin ni, no cry cry...Saya ingat kata-kata kak sepupu saya, Kak Teng, nanti kalau nak beranak, kalau sakit jangan dok mengaduh sangat, aduh sikit2 jer. Jangan menangis, wat malu jer.

Saya x menangis, cuma mengaduh la sebab x tahan sakit. Saya pun tertidur jap jaga sebab sakit. Bila dah sampai di Hospital Ipoh, barulah air mata saya keluar, sebab apa??? Sebab saya x tahan xde orang pon dekat saya. Abang saya belum sampai, ha masa ni lah saya menangis. Xboleh nak turun sendiri, dan terpaksa di usung.

P/S: Tapi kalau ade abg sulung saya aka yop, mesti lagi cry cry kat situ hohohohohoho....

Lepas di usung, nurse terus periksa jantung baby. Masa nak periksa ni, saya ada masalah sikit, xboleh lama-lama terlentang, kena ngesot. Baru saya selesa. Jadi kesianlah nurse tu, susah nak ambil, jadi saya terpaksalah mengereng masa ambil. Staff Nurse je boleh ambil, nurse biasa x boleh.

Pukul 12, saya keluar kejap, jumpa mak, abg2, suami, kakak...masa ni lah saya rasa sebak x terhingga. Doc xbagi sy makan. sy pon xlalu, saya dah no energy. Doc cek tadi cakap 5cm, jadi jangan makan, sy nak membuang air besar doc xbg, tp senyap2 sy g. mana tahan, sejak kandungan besar saya kalau makan nak buang cepat2, kalau x nak kentut jer hahaha...

Dah pukul 1 ptg, doc check 4cm pulak. Masa ni rasa rugi sebab x makan tadi huhu. Dok maintain je kad wad sementara. Sekejap2 jumpa hubby. Pukul 1 lebih, masuk ke wad sementara sebab staff nurse nak cucuk ape tah, saya x ingat. masuk ubat antibiotik. Tapi saya redha jer x la pulak tanya. Saya ni takut nak cucuk, terpaksa lah nurse hold sementara saya bertenang.

Ada seorang kakak ni, dia ni baru datang... dia cakap kat doctor, saya rasa sy xnak balik, sebab sy takut jame, klu jame lagi susah, jadi baik sy duduk tunggu kat sini jer. Jadi dialah peneman saya. Tapi, kakak ni dasat betul, dah banyak bukak. Masa dia datang tu 5cm, selang beberapa jam, tukar jadi 8cm...tu masa kitorang dok bersembang tu...

Pastu, dah pukul 2 lebih, kena naik wheelchair, kakak tu pun sama... tunggu giliran nak masuk labor room. Sy dah 5cm masa tu. kakak tu dah 9cm. Duduk atas wheelchair tu kakak tu mula mengerang sakit ishkk ishkkk ishkk...nurse dah cuak terus tolak g labor room.

Saya pon tunggu lah sorg dengan rasa bosan gila. tunggu giliran sebab wad penuh. Rasa dah sakit macam tadi. Nurse pon sorong ke labor room. Nak hubby, nak hubby!!! Masuk labor room suami pun datang... Saya di seluk lagi. 5 cm. Doc ckap tgok pukul 3ptg macamne...sebab baby dalam ok. tekanan darah sy pon ok..

Sambil tu sy berzikir, sekali sekala sembang ngan hubby, Ya Allah bersyukur hubby di sisi. Hubby muka moyok sebab kesian tgok saya menahan sakit. Dia suruh saya zikir banyak-banyak.

LA ILA HA ILA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTUM MINAZ ZOLIMIN....

Hubby pon bc sama jugak... jap2 datang sakitnya... Doc masuk, hubby kuar.. nak cek owhh 6 cm... Ya Allah anakku lamanya di kau nak keluar...

Doc cakap tgok pukul 6 mcm ne.. Hubby masuk balik. dia baru pas solat  dia cakap.

Kami sembang2...kain yang saya pakai, terlucut, suamilah yang betulkan. Kalau sakit ni, xboleh ade ape pon atas badan, even sejuk aircond pon, sy xboleh pakai selimut, padahal sejuk gila-gila ni. Siap marah hubby, xnak selimut, tapi nak...hubby turutkan sahaja.

Pukul 6 doc dtg dan check.. oohh masih 6cm... 
Doc suruh tunggu pukul 9 mlm lak...

Hubby cakap, dia nak keluar jap, g solat. sebab dah kul 7 lebihm, dia cakap nak dinner terus. Saya x lepaskan tangan hubby, saya takut bila2 masa jer baby akan keluar. Saya risau masa tu hubby xde. Dengan berat hati lepaskan jugak.

Pukul 8, bukaan dah 8cm, pukul 9 dah 9cm..doktor anggarkan berat baby, mula2 2.9kg, tukar ke 3.3kg..sampailah masa kul 10mlm, hubby di sisi, saya cakap... 

b, yang rasa, nak berak... betul ni xtahan nak teran dah...

betul ke ni yang??

betul b.. yang dah terberak ni...

hubby selak, aah betul pun, saya dah terkucil...hohoho...

b panggil nurse cpt, nak meneran dah ni...

hubby sy cepat2 keluar dan panggil staff nurse. 

Masa tu memang saya teran, di temani oleh suami tercinta dan seorang staff nurse... 

Teran pon dah x larat, tetiba sorang lagi staff nurse dtg, menolong. Ok tarik nafas...pushhhh sy 

masa nak push jangan angkat punggung ye puan-puan, takut terkoyak banyak. hubby pon pesan takut tertinggi. Sy pegang tangan hubby. Aduiii xlarat dah masa tu...

Nurse cakap ha cuba pegang ni.. kepala dia.. saya pon rasa, hehehe bestnye lembutnya kepala... terus saya pushhh siap gelak suka lagi... teran sampai kuar kepala.. hubby pon bg semangat...

yang push lagi push lagi... hubby gi tgok baby ha kuar kepala ..

Tapi masalahnya saya dah x larat ni sy cakap...

Staff nurse keluar dan menjerit, (alamak sebak lagi huhu)  baby stuck!!! baby stuck!!!

berderu kaki datang... semualah dr doc pakar, staff nurse, nurse biasa, nurse praktikal semuanyalah masuk labor room..saya pon terpingga-pingga ;(

Hubby di suruh keluar. Eh...

Masa tu...akak cepat dah kuar kepala kak...lagi kak...ni budak praktikal yang punya suara hahaha...sy pon suka gelak2 lagi...sy semangat kena kuat!!! akak kuat!! akak boleh cpt akak cpt!!! 

1023mlm

Huhhhhhh!!!! (ni memang 1 lepasan yang nikmat bila baby keluar)







yeah!!!!!!!!! akak berjaya!!!! staff nurse tunjuk baby kat saya..ha tgok baby laki ke puan???
sah lelaki sebab nampak telur dan burung hahahaha

Masa tu dah penat, doktor pakar, tarik tali pusat, keluarkan uri semua..dia seluk tangan dia kuarkan semua sekali... huhu tarik tali pusat macam tarik tali, cuba letak tali yang ikat lembu tu, letak kat tangan, macam tu lah saya rasa. 

Siap keluarkan semua. nurse tu jahit lak. x rasa sakit pun, penat jer lebih. Tadi lebih sakit, tapi subhanaAllah!!! Allahuakhbar!!! Alhamdulillah!!! saya lupa dah macamne rasa sakitnya lepas baby kuar tu...

Jahitan terakhir tu terasa sikit terkejut. Nurse x bius pun, jahit buta2 macam tu. X sakit dah.

Nurse tanya nk susu ke milo? saya ckp nk susu... nurse pun bagi... hubby masuk, dia ckp thanks sambil kiss sy hohohohoho

Baby sampai, nurse suruh bagi susu, saya cakap kejap, sy nak kencing. Saya pun nak turun, nurse cakap ehhh nanti...jangan turun lagi, saya cakap nape? takut awak pening..laaa..sy ok ni xpening pun...

Bersalin tadi xdelah pening, tapi bila dah kencing dan tengok darah Allah..pening gila!!! terpaksalah tukar pad. Nurse la bg pakai lagi. hahaha...

Naik katil sorong tu, nurse pon nak hantar ke wad.. Sangatlah teruja dan sangatlah appreciate dengan suami, mak, abg2, abg n kak ipar, adik..semuanya tgu sy deliver.. Allahuakhbar!! sy syg anda semua...

Terima kasih sebab doakan saya..... 

You Might Also Like

0 comments