7 Teknik Pernafasan Mudah

15:29



Hai mak-mak sekalian....

Assalamualaikum warah matullah hiwabarakatu....

Hari ini Jumaat yang mulia, saya nak share 7 teknik pernafasan mudah yang perlu di praktikkan oleh mak semasa hamil. Kalau mak ada kelapangan bolehlah mencuba teknik-teknik mudah ini. Ini akan membantu anda menggunakannya dengan efektif semasa proses kelahiran.





1)  Fikirkan perkataan releks. Ingat, ia mempunyai dua suku kata iaitu "re" dan "laks".

  • Semasa menarik nafas fikirkan "re"....manakala ketika menghembuskan nafas fikirkan "laks". Sebut perkataan ini secara berulang-ulang semasa anda menarik dan menghembuskan nafas.
  • Ketika menghembuskan nafas, cuba lepaskan sebarang tekanan yang kita sedang alami. 
  • Setiap kali menghembuskan nafas juga hembuslah secara panjang "laksssssss"

2) Cuba mengira setiap kali melakukan latihan bernafas

  • Semasa menarik nafas kira sehingga tiga atau empat dengan perlahan atau sebarang nombor. Sewaktu menghembus nafas keluar, kira sebanyak tiga atau empat kali lagi. Setelah selesa dengan pengiraan itu, bolehlah di buat secara berulang-ulang.

3) Cuba bernafas melalui hidung dan menghembus melalui mulut

  • Tarik nafas melalui hidung dan menghembus melalui mulut. Sewaktu hampir melahikan, cuba minum air untuk mengelakkan mulut menjadi kering, kerana ketika menghembuskan nafas dari mulut, mulut akan kering.

4) Sewaktu Braxton Hicks

  • Tarik nafas dalam-dalam menerusi hidung, Kemudian nafas melalui mulut.

5) Semasa kontraksi semakin kerap

  • Tarik nafas pendek-pendek menerusi mulut dan lepaskan cepat-cepat melalui mulut juga. Ia seolah-olah sedang bernafas secara tercungap-cungap. Namun lakukannya dengan tenang. Dalam pada itu jangan kosongkan paru-paru sebelum menyedut nafas seterusnya.

6) Apabila berlaku gesaan meneran

  • Tarik nafas dua kali melalui hidung dan lepas melalui mulut. Seterusnya jika tiada gesaan lagi cuba bernafas seperti biasa.

7) Ketika tiba masa meneran

  • Tarik nafas dalam-dalam menerusi mulut dan lepaskan dengan sekali nafas secara perlahan-lahan melalui mulut juga. Langkah ini dilakukan bagi mengelakkan bayi yang sudah pun berada di pintu serviks termasuk semula kedalam.

Senang je kan???

Kalau mak masih belum membeli Set Berpantang, bolehlah membeli dengan saya...

Set Berpantang terdiri daripada:

  • ESP Shaklee
  • B Complex
  • Alfalfa Shaklee
  • Vitalea Shaklee
  • Vitamin C
  • Zinc Shaklee
Boleh juga baca SET BERPANTANG

Jika berminat bolehlah hubungi saya:

iRHaniza
0135131481
umiadamfaris@gmail.com

You Might Also Like

0 comments