Percutian Keluarga

15:30

Cabaran hari ke 3 iaitu Percutian Keluarga.

Masa sy kecik kecik dulu, mak jarang bawak pergi bercuti sebab x mampu. Kereta pon x ada. Yang ada cuma motor mak. Motor tu lah mak ke hulu ke hilirnya.

Dulu abah saya jadi askar.. Hebatkan. Bukan calang-calang orang boleh jd soldier...Abah saya smart. Kalau keluar bergayanya. Sama dengan mak jugak. Abah dah meninggal semasa sy sekolah rendah. Nanti saya citer pasal mak dan abah sy ye di entry yang lain.

Percutian yang sy xboleh lupakan semasa bujang dulu ialah family day dengan keluarga. Banyak kali dah buat. Di Cameron pon best. Yang lawaknya, dari mula pergi ke Cameron sampailah balik ke Ipoh saya mengalami cirit birit dan muntah-muntah yang memelikkan. Kat mana-mana yang ada toilet terus saya masuk hehehe

Pergi ke cameron ni sempena abang saya Faizal dapat cabutan bertuah masa kawin tu. Jadi pegi cameron tu dia honeymoon sekalilah. Best sengat2...Abang sy no 2 iaitu Nizam beli set untuk dalam kereta wife dia semua strawbery. hehe...

Ingat masa bujang bole lengang kangkung berjalan, tapi ade yang nak menumpang jalan sekali, iaitu anak buah saya sentiasa mengekori. Alamakk kena jg anak buah pulak...Jadi dukunglah dia sepanjang perjalanan kat pasar malam tu. Ponat Eden...

Makan jagung kat Cameron memang manis...Fuyooo sedap oooo...Ruginya kalu xrasa hehe...Saya ni memang penggemar jagung, tapi jagung cameron ni kalau bawak turun bawah mana ade manis lagi. Sama jerla macma jagung lain.

Malamnya tu, kitaorang buat bbq...wahhh best gila...tapi mak xbagi makan banyak takut sy sakit perut lagi. Berdepek jela lembik kat atas tilam. huhu...

Cameron sejukkan. Saya bercita-cita nak gi ngan suami kalu dah kawin nanti. emmm...udara pon nyaman dan tenteram.

Bila dah kawin...

Masa mengandung 7 bulan. Saya ajak suami pergi ke Cameron. Masa tu x rancang pon nak pergi. Main belasah jer pergi. Jalan kat ladang teh berpegang tangan, berdua-duaan dalam kesejukkan malam...wow...syokkk xingat...

Pergi jalan-jalan kat pasar malam pon berpegang tangan hihihi...Taman-taman semua kami pergi, taman bunga, taman rama-rama...best sangat.

Ok masa nak balik, ade 1 air terjun tu...cantik betul tapi xingatlah nama nya. Memang cantik. Kami sekelamin ni tangkap gambar kat situ, terserlahlah perut ku yang membulat tu hehe...

Masa saya bujang dulu, ada lagi 1 percutian keluarga yang x dapat saya lupa kan. Kami pergi ke teluk batik. Duduk kat Teluk Batik tu dekat Chalet Pak Man, sewa 2 buah rumah skali. 

Walaupun xsemua ahli keluarga yang pegi, dah rasa best. Seronok berenang. Saya memang pandai berenang. Adik saya Hanim kena buli jer sebab x pandai berenang. Saya walaupun pendek hua3 memang pandai berenang, menagalahkan orang tinggi.

Saya suka ikut abang saya yang tinggi-tinggi tu berenang kat tempat dalam. Memang best gila. Tinggi sy paras ketiak diaorang jer. Tapi sy ikut berenang dengan diorang ke paras tengkuk diaorang. Memang best. Sy memang btl2 sukaaa...

Kak Shida mengandung, perut dia tengah membesar masa tu. Saya tarik la dia gi ke tempat dalam hehehe...dia pun x pandai berenang, terpaksalah sewa pelampung. Adik sy Hanim naik pelampung sampai ke tengah hahaha yang nakalnya adik bongsu sy la dia g tolak adik sy tu...hehe...sy xsuka pelampung sebab sy rasa xbebas nak berenang.

Malamnya, kami buat bbq. Hehe besttttt sgt...malam tu hujan renyai2 sejuknya kot. Xyah pakai aircond pon. Pagi esok bangun2 terus nak terjun laut hehehe...besttt....

Bila dah kawin sy buat perkara sama jugak. Pergi ke Teluk Batik bersama suami tercinta. Memamng bestla masa tu. Mandi mandi kat Teluk Batik.

Lepas tu esoknya kami naik fery pergi ke Pangkor. Sampai jer kat Jeti Pangkor, terus cari motor untuk di sewa. Memang menyeronokkan. Yang kelakarnya. Motor yang kami naik tu pancit. Tunggulah kitaorang orang datang pomen.

Best tu dapat shopping sakan kat sana. Murah2 semuanya. Beli semua hehehe...

Saya ni memang sukaaaaaaaaaaa sgt berenang dari kecik ciut sampaila ke sekarang ni. Masa saya mengandung usia 9 bulan, saya ajak suami pergi PD. hehe... Kononnya nak gi berkelah. punyalahhhh jauh..hehe...

Pergi PD buat ape lagi...berenang lah...syok oooo...hehehe

Eh sy stop dulu ye...panjang lebar dah ni..

kalau cik, puan,encik & tuan nak order shaklee or just nak lebih info tentang shaklee contact sy ye...

Mudah sahaja,
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID: 1065866

FB: Haniza Hani / Hots Suppliment Umi Adam
Mail :
umiadamfaris@gmail.com
call/sms 013-5131481 / 017-9119260

You Might Also Like

0 comments