Mak saya cantik, Abah saya hansemmmm

14:00

Photo: ni mak ai suami & anak ai


Mak saya nama Hamidah binti Mohd Tahir. Beliau di lahirkan pada 9hb August 1952. Orang kampung panggil beliau Yong Midah. Kalau budak-budak or baya-baya sy panggil beliau Mak Long Midah. Mak Long Midah ni dulu belajar sampai habis SPM sahaja. Dia pas exam. hado???

Mak sy ni, kalau masak fuyoooo...kalau dalam Master chef dia cakap masuk lam mulut letop-letop kan? Ni bukan letop g, menari-nari makanan tu lam mulut. Hua3...Mak saya memang terer gila bab memasak. Kalau kami adik beradik balik, kami x mintak mak buat makan hebat-hebat macam ayam masak hebat-hebat ke atau hape la yang setara dengannya.

Tapi kami mintak mak masak sambal pecek mak...Perghhhh kecur air liur dah ni...Mak saya akan tanya dulu sebelum balik nak makan apa, sebab dia nak gi beli barang-barang basah kat pasar. Mak saya selalu masak ulam-ulam..pucuk paku,ulam petai...ulam heii sy pon xkenal nama ulam apa sebab macam-macam...

 

Kalau raya mak suka buat nasi ulam or orang luar call nasi kerabu. Dalam nasi ulam mak macam-macam ulam mak letak termasuklah petai yang di potong kecik-kecik..Selain itu, kalau ada kerabu mak akan buat jugak. Sedap x ingatlah makan. Kalau mak buat tu, xpernah tinggal balance malahan kami berebut-rebut mintak tambah. Xpayah makan dengan lauk pon x apa. Makan nasi ulam tu je pon dah ok sebab sedap gilaaa....

Kalau mak beli petai, dalam kuantiti yang banyak...mak akan buat petai mantah, petai rebus, petai bakar...uyoooo sodappp....asben saya masa balik kampung ri tu dia pertama kali makan petai bakar...hehe...dia suka makan petai kat kampung dengan abang-abang saya. Abang saya ni suka mereka, terung bakar lah...bila kat kampung asben sy macam-macam dia tahu. Mana pernah dia makan terung bakar hehe...

Kalau ade ikan sungai, selalu mak masak sayur masam atau masak tempoyak. Memang sedap. Kuah yang mak buat selalu cepat habis sebab anak-anak dia terutama keluarga Abang boy suka hirup. Saya pon suka kuah mak saya. Mak saya kalau saya balik dia xkan hidangkan beberapa makanan yang saya x makan seperti kacang panjang, dan bunga kantan. kan kalau buat masak tempoyak ada orang letak bunga kantan kan??? Mak xpernah letak sebab dia tahu saya ada dan xboleh makan. Kacang panjang mak xpernah beli kalau saya ada. Mak memang tahu makanan kegemaran anak-anak dia. Semuanya suka satu makanan. Sambal pecekkk....
Macammana nak buat sambal pecek??? mudah jer...macam ni..

*isi ikan rebus
*cili padi beberapa biji
*terung ceweng/pipih
*asam limau secukup rs
*garam secukup rs
*air
*belacan jgn lupo ye

letak semuanya dalam 1 mangkuk, lepas tu penyek guna tangan...harumnya tangan lepas tu.air jangan banyak tau...nak pekat letak ikan or terung banyak2..nk pedas letak cili banyak2..

Mak saya ni, dah umur macam ni, dia dah x kerja. Tapi dia suka jalan-jalan merepit dengan motor dia hehehe...Mak suka pegi pekan Grik dengan motor. Mak memang pandai bawak motor. Kalah u ollss....

Mak saya walaupun x keje, dia banyak buat aktiviti kat kampung seperti Marhaban. mensyuarat Amanah Ikhtiar, baca yasin, dia pergi marhaban merata tempat. Kat mana-mana pon. Dia ada group sendiri kat kampung. Hebat kan.

Mak sy ada kawan baik dia...Cik Ton, Mak Jang (adiknya), Mak ngah Yah...Sebenarnya kat umah sy tu, jarak antara rumah ke rumah jauh. Yang ni jelah kawan mak yang agak dekat pun. Mak saya ni jarang gi rumah diaorang, diaorang yang datang rumah mak. Datang gosip hua3...

Dulu mak xkerja, abah jer kerja. Abah saya askar dulu. Selalu outstation merata negeri. Termasuklah Sabah & Sarawak. Lepas abah pencen askar, kami tinggal di Kampung Masjid Tawai. Rumah tu rumah kayu. Indah dan cantik. Kat rumah tu lah saya selalu jatuh sebab suka memanjat tanpa sebab, jatuh pun padanlah muka hahaha...

Semasa tinggal kat situ, mak dan abah mengusahakan kebun getah. Menoreh getah lah. Anak-anak dia, wekend p kutip getah lah. Best, ade parit kat situ boleh mandi, ade pacat huhuhu...kami selalu carik ikan sepat...pastu wak balik mak goreng.

Ha sebut pasal masak, abah saya xpernah bagi kami cuba-cuba guna dapur gas sebab dia cakap nanti bahaya, mana tahu kot2 x tutup gas ke ape ke??? Sampailah umur menengah baru boleh memasak tanpa bantuan mak...Saya jugak suka laksa. Jadi belajar makan laksa dengan mak. Sedap la laksa mak...x caya jom try hehehe

Ok al-kisah abah saya....

Abah saya bernama Ramli bin Ahmad. Di lahirkan pada 14hb October 1948. Abah saya dulu bekerja sebagai askar. Berpangkat Sarjan. Hmmm...Abah saya sangat hansem dan garang kat anak laki dia. Pantang anak perempuan dia kena usik dengan anak laki dia, naik angin lah hehe...

Oleh sebab abah saya ni askar, kat rumah saya dulu selalu penuh dengan askar-askar yang handsome2...Mereka ni datang sebab berjaga kat kampung tu. Lupa dah saya sebab apa.

Abah saya ni seorang yang rajin. Betul rajin. Masa kami pindah kat rumah kedai, abah ada jual getah. Di ambil dari orang yang jual getah pada dia. Abah selalu jemur. Kalau jemur dapat duit lebih. Saya ingat lagi mak pernah cakap, masa hari terakhir abah jemur getah dia cakap ni boleh angkat dah ni...takut esok x sempat.

Abah saya dah x de... Masa sy darjah 5 lagi. Adik sy yang bongsu tu kecik lagi masa tu. Abah sy ada 1 penyakit, kalau dia serabut dia akan pitam dan x sedar diri. Buih akan keluar dari mulut dia. Hari dia meninggal tu...sedihnya rasa nak menanggis sekarang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Hari dia meninggal, pagi. Dia pergi sungai. Mak suruh adik sy pergi tengok abah kat sungai. Adik sy balik dia cakap abah berenang kat sungai. Mak saya terus pergi ke sungai sebab rasa semacam. Tiba-tiba dengar mak meraung kat sungai. Saya terus keluar pergi kat mak tanya kenapa. Mak cakap abah jatuh kat sungai. Saya x tahu nak buat apa masa tu. Saya terus lari pergi rumah mak wa (mak long) kakak abah panggil dia pergi rumah tengok abah jatuh.

Mak wa xde kat umah. Sebab dia kat kedai runcit dia. Jaraknya jauh jugak. Jauh saya lari xpakai kasut pun. Lepas cerita kat mak wa, saya lari balik rumah pulak. Masa lari tu saya dengar Tok Su saya cakap kat ada orang yang datang tu jenazah dah ada dalam rumah. Masa tu saya meraung kuat. Semua orang terkejut. Macam mana saya nak hadapi tanpa abah?????????? Saya rapat ngan abah!!!!

Tok Su peluk saya. Saya menanggis masa tu. Sepanjang hari tu menaggis jela sebab x boleh terima Abah pergi. Mak Cik2 sy datang sy menanggis kat mereka jugak. Saya memang x boleh terima abah pergi. Mak bagi tudung suruh pakai. Saya pun pakai lah. Sebab sy pergi skul jer pakai tudung. Sejak dari abah meninggal, tudung sentiasa atas kepala. Xpernah tanggal.Masa sembahyangkan abah sy, ramai orang, sy masih menanggis. sy betol2 xboleh terima. Last kalau siapa2 nak tengok kali terakhir...sy pergi, kesat air mata dan cium abah. Abah di ikat dengan kain kafan. Meraung saya masa tu. Saya ikut pergi ke kubur. Mak pesan jangan menanggis. Saya angguk jela...

Setiap hari lepas abah pergi, suara dia terngiang2...sampai pernah saya sahut dia macam panggil, kak...buat ape tu???meh cabut uban abah...

Kalau saya bangun lambat, saya rasa macam ada suara panggil, Nurhanizawani bangun, dah lewat ni. Setiap hari walaupun abah dah x de, sy selalu dengar dia panggil.

Lepas abah x de, macam-macam berlaku kat mak. Kesian mak mengharungi seorang diri. Pernah mak mintak bantuan biasiswa, mintak tandatangan tok ketua, dia x nak sign dia cakap mak orang kaya kenapa perlu biasiswa??? Baru2 ni mak cakap kat sy... Mak bergadai emas2 dia...Bila kami dah besar, mak cagar balik emas tu.

Macam-macam mak lalui, seperti x ada orang datang ke kedai sebab orang cakap kedai mak tutup tiap hari, padahal mak xpernah tutup di buka pukul 7pg sampai 7 mlm...Ada benda kacau kat keluarga kami. Macam-macam, sy pun pergi berubat jugak. Rumah kena masuk pencuri. Mak lalui semuanya. Mak lenguh-lenguh tangan.

Punca rezeki mak dulu, kedai runcit, duit dari torehan getah oleh penyewa, duit pencen abah. Bagaimana mak nak sara hidupnya dengan duit ni jer??? Allah maha berkuasa. Mak lalui dengan tenang. Mak x pernah merungut. Nak sara anak-anak yang masih bersekolah lagi...

Berkat kesabaran mak...anak-anak dia hebat2 semua...

Anak-anak mak:

Khairul Anuar (Yop)
Mohd Shahrul Nizam (Abg Nizam)
Mohd Johari (Abg Boy)
Mohd Faizal (Abg Jei)
Mohd Suffian (Abg Yan)
Nurhanizawani (Kak Wani)
Nurazrinahanim (Kak Hanim)
Mohd Faridzul Ikhwam (Adik)

Menantu mak:
Munira
Shamsiah
Raja Norshila
Norhidayah a.k.a Shida
Azila Hanum
Che Faris

Cucu mak:
Aida Imanina
Iman Mustakim
Puteri Farisya Irdina
Amni Insyirah
Puteri Farhana Irdina
Afifah Izzati
Iman Maisara
Nesrin Qistina
Mohd Hafiz
Arissa Harnani
Putera Firas Irsyad
Mohd Afiq Naqiuddin
Che Adam Danial
Adlina Nasriyah
(coming soon)


Mak dan Abah saya adalah idola saya....

Mak saya cantik...abah saya hansem....


Kalau sesiapa nak order shaklee dengan saya...

Mudah sahaja,
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID: 1065866

FB: Haniza Hani / Hots Suppliment Umi Adam
Mail :
umiadamfaris@gmail.com
call/sms 013-5131481 / 017-9119260

 

You Might Also Like

0 comments